web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


31 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 12:43PM

Sebanyak 31 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak sembilan kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,591 kes dengan 6,375 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu sembilan kes diikuti dua di Pahang dan Pulau Pinang.

Satu kematian masing-masing direkodkan di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, sebanyak 39,682 kes aktif dilaporkan di seluruh negara dengan 32, 421 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,522 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 3,487 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 252 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 134 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat tengah malam tadi, kadar penggunaan katil hospital di beberapa negeri kekal berada pada kategori merah, iaitu lebih 70 peratus daripada kapasiti.

Kadar penggunaan katil hospital di Kedah mencatatkan kadar tertinggi berbanding negeri lain iaitu 81.8 peratus, disusuli Melaka (79.4 peratus), Kelantan (78.9 peratus), Terengganu (77.8 peratus), Johor (73.6 peratus) dan Negeri Sembilan (70.2 peratus).

Empat negeri iaitu Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak mencatatkan kadar penggunaan katil hospital di paras antara 60 hingga 69 peratus, manakala Sabah dan Perak bawah 59 peratus.

Labuah kekal merekodkan kadar penggunaan katil hospital pada kadar terendah, iaitu 33.7 peratus.

Dalam pada itu, sebanyak 241,595 dos vaksin diberikan semalam iaitu 234,799 dos penggalak,  2,844 dos satu dan 3,952 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25, 628,524 atau 78.5 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik