web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDNKA Selaras Bantuan Banjir Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 11:57AM

Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) meninjau aturgerak Polis Johor di Dewan Kelab Polis Daerah Segamat, Johor, semalam. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) untuk menyelaraskan bantuan kepada penduduk yang terputus hubungan akibat bencana banjir di Segamat, Johor.

Menurut beliau, segala bantuan yang disalurkan itu termasuk menggunakan jalan udara dan air.

“Sebuah helicopter milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) juga akan digunakan bagi tujuan menghantar bekalan keperluan kepada penduduk di Segamat yang terputus hubungan ekoran jalan darat dinaiki air.

“Bagi operasi pasca banjir yang bakal dilaksanakan pula, elemen KDNKA seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin, PGU dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan digerakkan untuk menjalankan proses pembersihan infrastruktur awam dan rumah ibadat di dalam daerah Segamat,” katanya hari ini. 

Arahan itu dikeluarkan selepas beliau bersama Pengarah KDNKA, Datuk Hazani Ghazali meninjau aturgerak Polis Johor di daerah terbabit bagi Op Banjir di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka di Dewan Kelab Polis Daerah Segamat, Johor, semalam.

Menurut Acryl Sani, terdapat 3,961 mangsa membabitkan 1,047 keluarga dipindahkan di 53 Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di seluruh daerah Segamat, setakat petang semalam.

“Terdapat enam agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan dalam Op Banjir di daerah Segamat membabitkan 377 kekuatan keseluruhan.

“PDRM bersama rakan-rakan agensi keselamatan lain akan dan sedang mengambil tindakan segera di daerah Segamat serta lain-lain lokasi banjir dalam kontinjen Johor bagi memindahkan mangsa ke lokasi ditetapkan.

“Kami juga komited dalam memastikan kebajikan masyarakat kekal terpelihara,” katanya. – Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad