web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Petani Alami Kerugian Akibat Pencemaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 8:12AM

Md. Saad menunjukkan padi yang rosak akibat pencemaran di Sungai Kereh, Pulau Pinang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Padi rosak dan hasilnya berkurangan sehingga menyebabkan kerugian, itu yang perlu di tanggung pesawah ekoran masalah pencemaran di Sungai Kereh, di sini, yang tidak berkesudahan berikutan pembuangan air najis khinzir yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini.

Ketua Unit Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pokok Sena Ahmad Sulaiman, 71, berkata masalah pencemaran itu bukan baharu malah berlarutan sejak lebih 40 tahun lepas dan ia semakin teruk kebelakangan ini sehingga menyebabkan ramai pesawah di sini menanggung kerugian  setiap kali musim menuai.

"Kalau musim kemarau ketika menanam padi, kami terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Sungai Kereh...memang padi akan rosak malah ada yang padi tiada isi (beras), pesawah sudah tidak tahan dengan masalah ini yang berlarutan sejak sekian lama, kami berharap sangat ada jalan penyelesaian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perkara tersebut turut diakui seorang pesawah, Md. Saad Nayan, 81, yang terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas padi ditanamnya rosak sejak enam musim penanaman padi lepas berikutan masalah pencemaran air di Sungai Kereh yang semakin teruk.

Md. Saad, yang merupakan pesawah sejak 40 tahun lalu, berkata sejak tiga tahun lepas juga, beliau terpaksa mengeluarkan simpanannya untuk menampung kos menanam padi termasuk membayar sewa sawahnya kerana hasil yang tidak seberapa berikutan pencemaran tersebut.

"Habis modal bayar untuk tanam padi, tapi tanaman banyak yang rosak, duit yang saya simpan RM20,000 hingga RM40,000 dulu dah dikeluarkan untuk tanggung kos...pihak berkuasa yang datang melihat dan ambil sampel air di sungai itu tapi masalah masih sama, bukan sahaja bau busuk tapi sawah padi rosak...malah ramai juga penduduk yang mengalami gatal-gatal badan akibat pencemaran tersebut," katanya.

Kekecewaan yang sama turut diluahkan oleh pesawah Hishamudin Md Isa, 42, yang mendakwa pencemaran serta bau busuk dari air yang mengalir di Sungai Kereh itu sudah terlalu lama berlaku, namun penyelesaian masih tidak menunjukkan tanda berakhir hingga kini.

Beliau juga menanggung kerugian apabila air dari Sungai Kereh menjadi tercemar dan merosakkan hasil tanaman padinya malah tahun ini hanya memperoleh enam tan padi berbanding musim sebelumnya kira-kira 10 tan hasil padi.

"Saya ada 12 ekar bendang (sawah) dan dulu hasil padi yang saya dapat sekitar 12 tan, kemudian ia semakin berkurangan jadi 10 tan dan musim kali ini dapat enam tan sahaja..hasil padi yang lain rosak serta tiada isi, sedangkan saya guna benih yang baik serta racun yang mahal iaitu RM2,000 bagi setiap ekar.

"Kalau tanya pesawah di sini memang semua kerugian malah ada yang berhutang dengan tauke mesin padi serta tuan tanah sebab hasil padi tak banyak mana...ada kawan saya cuma dapat 800 kilogram sahaja untuk dua ekar sawahnya. Berapa sahaja dia akan dapat (hasil padi) kalau setiap tan kami menerima RM1,500 sahaja.

"Bayangkan isu ini selalu mendapat perhatian, pelbagai pihak dan agensi datang ke kawasan ini melihat sendiri, namun selepas itu tiada tindakan selanjutnya diambil dan pencemaran sungai di kampung ini masih terjadi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 minit yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad