web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan Azmin Batal Saman Pengundi Gombak Ditetap Untuk Pengurusan Kes Pada 10 Januari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 3:47PM

Azmin Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada Isnin ini.

Perkara ini disahkan peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam N Yohendra yang mewakili pengundi itu, semasa dihubungi Bernama selepas kes tersebut didengar secara dalam talian di hadapan tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan.

Pengurusan kes yang ditetapkan pada 10 Januari adalah untuk menetapkan tarikh mendengar rayuan, menurut kedua-dua peguam itu.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah membenarkan permohonan Mohamed Azmin untuk menyelaraskan rekod rayuan kerana kesilapan tidak disengajakan berhubung kebolehgunaan Arahan Ketua Hakim Negara.

Ini selepas peguam Daniel Choo Vern Kai yang mewakili pengundi tidak membantah permohonan itu. Peguam Nurul Najwa Zainuddin mewakili Mohamed Azmin.

Pada 10 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Azmin untuk membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi itu terhadapnya.

Pada hari yang sama, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir  juga menolak permohonan pengundi berkenaan untuk memadamkan sebahagian pernyataan pembelaan Mohamed Azmin.

Pada 27 November 2020, 10 pengundi itu memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, pengundi tersebut antara lain memohon pengisytiharan bahawa Mohamed Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak, telah melanggar kewajiban fidusiarinya, menipu serta memungkiri representasi yang dibuat kepada mereka dalam pilihan raya umum bagi kawasan berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Azmin memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan saman tersebut tidak mendedahkan klausa tindakan yang munasabah sebaliknya mengaibkan, bersifat remeh, menyusahkan atau membawa kepada suatu penyalahgunaan proses mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad