web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dera Anak, Bapa Dipenjara 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 2:09PM

Wan Azlan Wan Ali, dihukum penjara 3 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mendera anak perempuannya dengan menggunakan sebatang kabel. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mendera anak perempuannya berusia lapan tahun dengan memukul menggunakan sebatang kabel sehingga lebam di seluruh badan.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berumur 44 itu selepas dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh pada 1 pagi, 28 Disember lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman dikurangkan memandangkan dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya itu.

Hakim memerintahkan hukuman pemenjaraan itu dijalankan bermula dari tarikh tangkap pada 29 Disember lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang juga seorang penganggur memukul anak bongsunya setelah telefon bimbit milik tertuduh mengalami masalah teknikal.

Mangsa bersama adik-beradiknya kemudian melarikan diri dari rumah ketika tertuduh sedang tidur untuk mendapatkan bantuan daripada kakak mereka yang belajar di sebuah kolej di sini.

Kakak mangsa yang melihat kecederaan dialaminya adiknya itu tampil membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan pada 5.20 petang, 29 Disember di rumahnya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja