web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Dana Persaraan Bila Musibah Bukan Tindakan Bijak - NUBE

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 2:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menggunakan dana persaraan pekerja setiap kali ditimpa musibah bukanlah pendekatan bijak, kata Setiausaha Agungnya Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon.

Ketika menyuarakan sokongan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau berkata skim dan insentif yang diumumkan kerajaan boleh membantu mangsa banjir.

Bagaimanapun, katanya, jika bantuan yang diumumkan berkenaan tidak mencukupi, kerajaan perlu menambah peruntukan tersebut dengan sewajarnya.

“Kami bersimpati dengan nasib mangsa banjir tetapi menggunakan dana persaraan pekerja ketika bencana bukanlah pendekatan bijak.

“Pandangan diterima umum menyatakan bahawa kerajaan, di peringkat Persekutuan dan negeri, bertanggungjawab untuk memastikan ketersediaan keperluan asas yang mencukupi dan pengagihannya tepat pada masanya, untuk meringankan kesengsaraan dihadapi mangsa banjir.

“Ia amat kritikal sekarang, di tujuh negeri yang dilanda banjir baru-baru ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata, keputusan untuk membenarkan pengeluaran KWSP setiap kali bencana adalah tanda kerajaan tidak cekap dan lebih malang lagi, ahli-ahli politik yang membuat desakan merupakan pemimpin daripada kerajaan pemerintah.

Menurut Solomon, golongan terbabit perlu sedar bahawa tabung persaraan pekerja telah merosot dengan ketara akibat pengeluaran yang dibuat dalam dua tahun lalu akibat wabak COVID-19.

“KWSP telah memberikan statistik yang mencukupi mengenai status simpanan persaraan pekerja selepas pelbagai pengeluaran diluluskan di bawah skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Ini membawa kepada sejumlah besar pencarum, sebahagian besarnya dari kumpulan B40, sangat terdedah kepada kesukaran apabila bersara.

“Agak mengejutkan seramai 28 peratus atau 3.6 juta ahli mempunyai kurang dari RM1,000 dalam simpanan mereka. Malangnya, ramai pencarum yang berada dalam keadaan menyedihkan itu merupakan komuniti yang UMNO wakili,” katanya.

Mengulas lanjut, Solomon berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kekurangan simpanan dialami pencarum turut disebabkan oleh ketiadaan kenaikan gaji yang baik.

Menurutnya, kerajaan UMNO yang memerintah lebih 60 tahun gagal menaikkan gaji pekerja yang setanding dengan Singapura dan negara-negara jiran lain.

Tegasnya, kekurangan iltizam politik untuk memerangi rasuah mengakibatkan salah laku berkenaan kini berada pada tahap semakin teruk dan membimbangkan.

“Penyakit barah ini telah menafikan bahagian mereka yang saksama daripada kekayaan negara.

“Undang-undang buruh yang tidak adil menghalang pekerja dan kesatuan sekerja daripada menuntut pendapatan buruh yang adil daripada keuntungan. Pada masa yang sama, GLC dan GLIC tidak menjadi contoh dalam mempromosikan gaji sara hidup yang baik,” katanya.

Justeru, beliau berkata, NUBE berharap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan mengulangi kesilapan seperti sebelum ini.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan akan menyediakan pelan tindakan segera untuk meningkatkan gaji pekerja supaya mereka mempunyai simpanan mencukupi ketika kecemasan dan simpanan persaraan.

“NUBE menyokong pendirian Datuk Seri Ismail Sabri dan berharap beliau akan tegas mempertahankan keputusannya demi kesejahteraan para pencarum dalam jangka masa panjang,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

AI: Alat Penderaan Baharu Digunakan Majikan Untuk Memburukkan Ketidakadilan Di Tempat Kerja

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad