Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rakyat Perlu Pemimpin Berdasarkan Kemampuan, Bukan Kepartian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 12:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat harus membuat pilihan bijak dan matang ketika Pilihan Raya Umum (PRU-15) dengan mengundi calon wakil rakyat berdasarkan kebolehan serta kelayakan, bukan berlandaskan parti.

Pengerusi Yayasan RAPERA, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, rakyat juga perlu berani melangkah ke hadapan dan menggunakan hak mereka sebagai pengundi sebaik mungkin untuk memilih pemimpin demi masa depan yang lebih baik.

Masalah besar dihadapi negara ketika ini, katanya, adalah struktur sistem politik yang sangat lemah kerana rakyat dihidangkan dengan konsep stabil atas dasar parti, namun pemimpin ditampilkan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.

“Sistem politik negara kita tidak mengetengahkan sepenuhnya pemimpin yang bersikap mengambil berat mengenai kebajikan atau berjuang demi rakyat, kecuali gemar berpura-pura menunjukkan mereka berbuat demikian.

“Apa pun, saya lihat, sebelum tahun 2018, rata-rata pengundi memilih calon wakil rakyat atas dasar kepartian, tetapi selepas itu disebabkan ketidakstabilan politik, pandemik COVID-19 dan banjir, rakyat makin sedar bahawa sistem kepartian itu adalah sangat lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bual Bicara Agenda Awani bertajuk Gugurkan Menteri Prestasi Buruk.

Jahaberdeen berkata, peranan ditampilkan pemimpin politik juga mencakupi memotivasi, memimpin dan menentukan hala tuju sektor perkhidmatan awam secara berterusan demi masa depan rakyat serta negara yang lebih baik.

Katanya, bagi memastikan fungsi perkhidmatan awam tidak diganggu-gugat, rakyat perlu memilih pemimpin yang bijak, berkelayakan dan prihatin dalam melaksanakan peranan.

“Ini semua adalah perkara penting yang saya harap rakyat Malaysia faham dan ingat sebelum memangkah kertas undi PRU-15,” katanya.

Menurut Jahaberdeen, pemimpin politik harus membuka ‘mata dan telinga’ untuk sedar bahawa rakyat memerlukan sebuah Jemaah Menteri yang boleh segera tampil ke depan untuk menyelesaikan atau mengurangkan kesan masalah mereka.

Situasi itu, katanya, boleh dilihat dalam situasi didepani mangsa banjir, ketika masyarakat masih mengalami kesan buruk serta ‘kemiskinan ekonomi’ akibat pandemik COVID-19.

Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos
Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos

Jelasnya, berdasarkan pengalaman beliau bersama pasukan turun padang bertemu mangsa banjir, rakyat melahirkan perasaan muak dengan sikap anggota Kabinet kerajaan yang tidak prihatin dengan nasib mereka, malah menyifatkan golongan pemimpin itu bukan sahaja mengamalkan penjarakan sosial, tetapi turut berpegang pada amalan ‘penjarakan rakyat’.

Beliau berkata, ketika rakyat berdepan detik sukar itu, mereka tidak mendambakan pemimpin politik untuk membantu menyelamatkan mangsa, menyediakan penempatan sementara, menghulurkan makanan dan membersihkan kawasan terjejas banjir, sebaliknya segera mengarahkan agensi kerajaan tampil melaksanakan peranan terbabit.

“Tindakan menteri turun padang membantu dengan turut beraksi untuk dirakam video atau foto, itu perkara yang tidak bagus walaupun mungkin mereka melakukannya atas nasihat mana-mana pegawai,” katanya.

Sikap itu katanya, menggambarkan seolah-olah mereka tidak prihatin dan mempamerkan kesusahan rakyat sebagai satu ‘public relation exercise’.

“Kita kena ingat kita ini negara Timur dan kita bangga sebagai sebuah negara Islam, jadi kita kena pegang prinsip ‘tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu’,” katanya.

Bagaimanapun, Jahaberdeen berkata, sekiranya dilihat daripada sudut positif, krisis pandemik COVID-19 dan banjir dahsyat yang melanda negara turut memberi kesedaran kepada rakyat untuk berganding bahu menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pihak terkesan, tanpa boleh mengharapkan pemimpin politik.

Jika mahu menuding jari menyalahkan sikap pemimpin politik yang seperti tidak merasai kesusahan masyarakat, katanya, tidak tepat 100 peratus kerana jika diimbas semula, pengundi sendiri memilih dan membawa mereka ke Parlimen untuk dilantik menduduki jawatan Kabinet.

Justeru, beliau berharap krisis COVID-19 dan banjir yang banyak diselesaikan dalam kalangan rakyat, menyedarkan pengundi dan dijadikan iktibar dalam memilih pemimpin ketika PRU-15.

“Jika kita mengharapkan Menteri letak jawatan mereka tidak akan berbuat demikian kerana tahu rakyat bersikap hanya memberikan reaksi ketika sesuatu isu.

“Melihat kepada struktur dan susunan Kabinet sekarang, Perdana Menteri pun tidak akan suruh menteri letak jawatan untuk terus mendapatkan sokongan mereka, jadi kita nak salahkan Perdana Menteri pun tidak boleh,” katanya.

Susulan itu, katanya, rakyat sepatutnya menjadikan segala kesulitan dialami ketika ini sebagai pengajaran untuk membuat pilihan lebih bijak.

“Jangan lupakan kesakitan dan kepedihan kita mengharungi kesusahan ini ketika mengundi pada PRU-15.

“Kita pilih pemimpin terbaik pada PRU-15 biarpun nanti ada calon Bebas bertanding, undi dia jika berkebolehan dan bijak,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 2 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim