web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tubuh Pasukan Petugas Khas Banjir Elak Pembaziran Makanan, Barangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 9:05AM

Seorang mangsa banjir memilih baju yang disumbangkan orang ramai di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas khas perlu diwujudkan di setiap kawasan banjir bagi menyelaras dan memantau segala bantuan diperlukan mangsa bencana itu, sekali gus mengelakkan berlaku pembaziran, khususnya makanan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George berkata, kewujudan pasukan itu juga membolehkan pihak yang menjalankan misi bantuan, khususnya sukarelawan mengetahui keperluan semasa penduduk berdepan musibah berkenaan.

“Pasukan khas di setiap kawasan ini boleh menjadi ‘mata dan telinga’ mangsa untuk mengetahui apa yang mereka perlu atau tidak, seperti makanan, kesihatan dan barangan asas serta masalah dihadapi.

“Maklum balas itu kemudian boleh disalurkan kepada sukarelawan untuk memastikan bantuan diserahkan benar-benar memenuhi keperluan semasa mangsa,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Jacob George
Dr Jacob George

Jacob berkata, dalam situasi di kawasan banjir ketika ini yang menyaksikan tiada ‘perintah dan kawalan’, timbul masalah susulan, seperti ada mangsa banjir di lokasi tertentu tidak menerima bantuan.

“Apa yang mengecewakan CASSA adalah apabila ketiadaan pemantauan dan penyelarasan yang baik di kawasan banjir mengakibatkan ada mangsa di sesetengah kawasan mendapat makanan dan barangan berganda, manakala mangsa di tempat lain kekurangan bantuan,” katanya.

Menurut Jacob, situasi itu turut mencetuskan suasana tidak berpuas hati dalam kalangan masyarakat, terutama mangsa banjir yang menganggap misi bantuan disalurkan berlandaskan sikap pilih kasih.

“Sepatutnya orang datang bagi bantuan makanan dan barangan dihormati dan dihargai, tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka dikutuk serta difitnah kerana tiada penyelarasan yang baik,” katanya.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Senada dalam isu berkenaan, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, penyelarasan tersusun di kawasan banjir mampu mengelakkan isu pertindihan tugasan dan pembaziran barangan bantuan.

Katanya, penyelarasan secara sistematik juga memudahkan pengagihan makanan dan disalurkan berdasarkan jumlah keperluan mangsa, termasuk di pusat pemindahan sementara (PPS).

Mohd Yusof berkata, sepatutnya penubuhan badan khas dan penyelarasan itu dikendalikan jawatankuasa dan agensi di bawah kerajaan.

“Kita tidak bolehlah hanya terima bantuan ingin dihantar mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebab kalau kita terima tanpa buat penyelarasan dan letak sahaja di PPS, ia akan menyebabkan isu pembaziran dan pertindanan pertugasan.

“Ia juga akan menyebabkan masalah lambakan makanan dan lebihan petugas, sedangkan dalam kes seperti ini, sepatutnya penyelarasan itu perlu diadakan. Kita ada banyak NGO yang boleh membantu sama ada dalam menyumbang makanan atau tenaga kerja,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Yusof berkata, jadual penghantaran makanan dan barangan sepatutnya disediakan bagi membolehkan setiap NGO menyalurkan bantuan diperlukan mengikut masa ditetapkan kepada mereka.

Jelasnya, NGO juga disarankan menghubungi bilik pasukan khas berkenaan untuk memaklumkan sumbangan makanan yang ingin dihantar supaya tidak berlaku lebihan bantuan di PPS sama dan boleh disalurkan kepada mangsa di kawasan lain.

Meskipun ada NGO menganggap saranan itu sebagai birokrasi kerana seperti melengahkan bantuan, katanya, mereka perlu sedar bahawa usaha terbabit mampu mengelakkan pembaziran.

Ditanya kewajaran untuk pihak menyumbang makanan menetapkan menu bagi mengelakkan mangsa muak kerana menerima makanan sama setiap waktu, Mohd Yusof berkata perkara itu sukar dilaksanakan.

“Penetapan menu sukar dilakukan kerana apa dihantar penyumbang ke PPS adalah berbentuk ‘siap bungkus’ atau berdasarkan kemampuan, kecualilah bahan mentah dihantar ke satu ‘dapur berpusat’ untuk dimasak sebelum diselaras dan diagih.

“Contohnya di Selangor, ada satu tempat dijadikan sebagai pusat agihan makanan, jadi pihak yang nak bagi bantuan boleh hantar ke sini dan NGO selaraskan menu yang berbeza ke sesuatu kawasan setiap hari,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek