web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Tangguh Umrah Demi Kepentingan Awam - Idris Ahmad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 9:32PM

Idris Ahmad beramah mesra dengan adik-beradik mangsa banjir (dari kiri) Zaharah Abd Majid, Zainab Abd Majid dan Zanariah Abd Majid ketika lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Kuala Paya Segamat hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Keputusan kerajaan menangguhkan umrah disifatkan amat berat untuk diambil tetapi diteruskan demi kepentingan orang awam susulan ancaman varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata tidak wujud diskriminasi terhadap orang Islam seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah berbincang dengan agensi berkaitan dan mengambil kira cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai ancaman terbaharu wabak itu.

"Ini adalah masalah orang ramai, masalah negara, tidak timbul soal diskriminasi atau yang lain...(dakwaan seperti itu) tak patut sangatlah.

"Janganlah tohmah, kata kita nak tindas orang Islam. Apa yang dikemukakan oleh pihak KKM adalah data. Kita boleh tengok bagaimana wabak ini dibawa daripada negara-negara, ini semua data, bukan apa yang mereka (KKM) cakap itu dalam bentuk yang tidak ada fakta," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Kuala Paya dekat sini hari ini.

Idris berkata ada cadangan untuk mewajibkan rombongan umrah dikuarantin di hotel atau tempat tertentu berbanding kuarantin rumah sebelum ini.

Beliau berkata bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan memandangkan tempat kuarantin yang diperlukan terlalu banyak dan kekurangan logistik.

"Sehari memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 katil. Akhirnya keputusan (tangguh umrah) terpaksa diambil oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu merebaknya penyakit ini, yang boleh mendatangkan masalah lebih banyak lagi (pada masa hadapan)," katanya.

Justeru, Idris meminta rakyat bersikap terbuka dengan keputusan kerajaan memandangkan ia dibuat berdasarkan kepentingan orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan ini adalah satu diskriminasi terhadap umat Islam. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad