web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


27 Pengerusi JPKK Labuan Terima Kenaikan Elaun Bulanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 5:41PM

Bashir (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan pelitup muka dan pembasmi kuman kepada ketua-ketua kampung.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seramai 27 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di wilayah ini bakal menerima kenaikan elaun bulanan sebanyak RM300 bermula Januari.  

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias berkata, kenaikan sebanyak  RM300 itu diluluskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim baru baru ini.

“Sebelum ini JPKK hanya menerima elaun bulanan sebanyak RM700. Dengan kenaikan ini, bermula Januari mereka akan menerima elaun bulanan RM1,000 secara keseluruhan.

“Kenaikan elaun bulanan itu membuktikan kerajaan mengiktiraf kepentingan dan sumbangan JPKK membantu kerajaan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui Getaran pada Program Pembudayaan Norma Baharu anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, baru-baru ini.

Bashir berkata, kenaikan elaun itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung JPKK ketika menjalankan tugasan rasmi dan menyelesaikan isu penduduk.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tempoh bagi perkhidmatan ahli Majlis Perwakilan Penduduk yang tamat pada Disember tahun lalu telah dilanjutkan sehingga Jun tahun ini. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad