web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USIM-Adabi Ganding Bahu Bantu Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 4:59PM

Syed Mahadzir Dato Syed Manshor (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Yahya untuk diagihkan kepada mangsa banjir. - Gambar ihsan USIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan produk makanan daripada Adabi Consumer Industries (Adabi) Sdn Bhd, baru-baru ini untuk diagihkan kepada mangsa terkesan banjir.

Sumbangan bernilai RM11,700 itu terdiri daripada 1,000 paket ketupat nasi mini, kari ayam dan kari daging.

Mohamed Ridza (tengah) mendengar penerangan produk yang disumbangkan Adabi daripada Syed Mahadzir (dua kanan). - Gambar ihsan USIM
Mohamed Ridza (tengah) mendengar penerangan produk yang disumbangkan Adabi daripada Syed Mahadzir (dua kanan). - Gambar ihsan USIM

Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan) USIM, Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Arifin berkata, sumbangan tersebut adalah pengiktirafan kepada Misi USIM Prihatin digerakkan universiti berkenaan, untuk membantu meringankan kesusahan kakitangan, mahasiswa dan orang awam yang terjejas banjir.

“Kita amat prihatin dengan ujian besar (banjir) ini dan atas dasar itu seawal 19 Disember lalu, USIM mengkoordinasi pelbagai gerak kerja, antaranya bantuan kepada mangsa banjir, pengumpulan dan pengagihan sumbangan serta membantu mencuci kediaman mangsa,” katanya.

Semua bantuan terbabit diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Syed Mahadzir Datuk Syed Manshor di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM.

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Profesor Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin.

Mengulas lanjut, Mohd Yahya berkata, sehingga 30 Disember lalu sebanyak 163 keluarga menerima sumbangan dari USIM dalam bentuk kewangan, makanan dan barangan keperluan.

Produk makanan disumbangkan Adabi Sdn Bhd kepada USIM bagi meringankan bebanan mangsa banjir. - Gambar ihsan USIM
Produk makanan disumbangkan Adabi Sdn Bhd kepada USIM bagi meringankan bebanan mangsa banjir. - Gambar ihsan USIM

Sebanyak 63 kediaman di Sepang yang terjejas teruk pula dibersihkan sukarelawan USIM, antaranya di Jenderam Hilir, Labu Lanjut, Salak Tinggi, Hulu Langat, Bukit Changgang dan Jelebu.

Katanya, USIM turut menubuhkan Tabung Khas Bencana Banjir melalui Pusat Wakaf dan Zakat di bawah inisiatif Jom Infaq dengan RM123,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

“Prihatin dengan nasib pelajar yang berdepan kerosakan komputer riba kerana bencana ini, USIM menyumbangkan peranti itu kepada 11 pelajar sebagai ganti bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran mereka tidak terjejas,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar