web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguh Umrah Tak Wajar - SAFFTA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 12:38PM

Fathir bersama para jemaah umrah Malaysia. - Gambar ihsan Dr Fathir Badri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari secara mengejut, dianggap sebagai tidak wajar dan merugikan para jemaah serta agensi pengurusan umrah di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr Fathir Badri, pengumuman yang dibuat pada masa singkat itu menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kerugian besar.

“Saya tidak faham kenapa pengumuman tersebut dibuat secara mengejut, dan hanya disasarkan kepada jemaah umrah sahaja, sedangkan ramai lagi rakyat kita pergi ke negara lain, yang turut mempunyai kes tinggi.

“Sepatutnya, jika kerajaan mahu tangguhkan perjalanan umrah, mereka perlu memaklumkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum, tetapi sekarang ‘short notice’ hanya diberikan seminggu sahaja,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Fathir yang juga menyelia agensi bertanggungjawab menguruskan jemaah umrah berkata, pihaknya menanggung kerugian lebih RM200 ribu kerana semua perancangan seperti tiket penerbangan, serta penginapan sudah ditempah lebih awal untuk jemaah.

“Kos untuk semua perjalanan bukanlah murah, dan kini kami masih lagi menunggu apakah langkah seterusnya yang perlu diambil, malah kami juga terpaksa menghubungi pihak hotel dan penerbangan yang terlibat untuk membatalkan segala tempahan.

“Apabila kami sudah melakukan pembayaran, ia tidak boleh dikembalikan semula. Kalau kita bernasib baik, mungkin perjalanan itu boleh dibawa ke depan. Sektor pelancongan berasaskan umrah memiliki rantaian bekalan yang sangat besar, jadi langkah kerajaan itu hanya merosakkan industri ini,” katanya lagi.

Dr Fathir Badri
Dr Fathir Badri

Mengulas lanjut, Fathir berkata, pihaknya bersetuju sekiranya kerajaan mahu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, dengan mewajibkan semua jemaah mengambil vaksin dos penggalak tanpa perlu menghentikan sementara ibadat berkenaan.

“Sebenarnya ada banyak lagi cara yang perlu diambil seperti mewajibkan jemaah umrah menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan atau memberikan dos penggalak kepada bakal jemaah.

“Kerajaan juga seharusnya teliti terlebih dahulu, kerana selalunya agensi yang berdaftar akan mengikut SOP ditetapkan, berbeza kepada individu yang pergi mengerjakan umrah secara persendirian.

“Saya sebenarnya hairan, kenapa semua aktiviti beribadah dari awal pandemik COVID-19 melanda negara, selalu menjadi isu utama. Sedangkan ada banyak aktiviti lain seperti menonton wayang, aktiviti riadah lain semua sudah dibolehkan,” katanya, kesal.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan mengumumkan penangguhan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari berikutan penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, larangan berkenaan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penangguhan tersebut dibuat mengikut data sehingga 30 Disember lalu, apabila 1,306 daripada 11,108 jemaah umrah yang tiba di Malaysia didapati positif COVID-19.

Terdahulu, Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, walaupun lebih banyak data diperlukan, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital, malah pesakit juga kurang memerlukan bantuan oksigen. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja