web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluaran KWSP Ketetapan MKT UMNO Untuk PM - Asyraf Wajdi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 3:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara sekali keluar merupakan panduan utama diberikan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, ia tertakluk dalam ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Ogos ketika Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, Ogos tahun lalu.

Menurut beliau, pengeluaran KWSP itu wajar dilaksanakan Ismail Sabri selagi mana MKT tidak menarik balik ketetapan itu.

“Selagi MKT belum menarik balik ketetapan ini, garis panduan ini masih terpakai,” katanya, mengulas kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam, yang mempersoalkan tindakan segelintir pihak membangkitkan isu berkenaan.

“Pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai hal itu bukanlah baharu atau terbatas kepada musibah banjir sahaja.

“Ia bagi memenuhi hasrat dan menyantuni tuntutan rakyat yang terdesak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP,” tegasnya.

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

Mengulas lanjut, beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu hanya menegaskan kembali ketetapan MKT UMNO pada 27 Ogos 2021, ketika menggariskan beberapa panduan utama kepada Ismail.

Selain Presiden UMNO itu, Asyraf Wajdi ialah antara pihak yang terus memperjuangkan pengeluaran KWSP RM10,000 secara sekali keluar, lebih-lebih lagi apabila beberapa negeri dilanda musibah banjir.

Semalam, Tengku Zafrul berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran wang dari KWSP adalah bertujuan mengimbangi kebajikan serta menjamin masa depan rakyat.

Menurut Menteri Kewangan itu, kerajaan sedaya upaya menyediakan inisiatif lain bagi membantu rakyat yang terkesan ketika berdepan musibah banjir saat ini.

“RM101 bilion dikeluarkan melalui KWSP, saya rasa cukup setakat itu. Sebagai Menteri Kewangan tanggungjawab saya adalah untuk mengimbangi kebajikan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang,” katanya.

Ujar beliau, hampir 50 peratus atau 6.1 juta pencarum mempunyai baki kurang dari RM10,000 dalam simpanan KWSP mereka, dengan 74 peratus daripadanya adalah golongan Bumiputera. - Getaran, 2 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad