web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


26 Lagi Kematian Akibat COVID-19, 3 BID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 10:18AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 lagi kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Malah angka terbaru itu menunjukkan lebih 20 kes kematian berlaku di negara ini selama enam hari berturut-turut.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini mencecah 31,513, daripada 2.75 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, tiga daripada 26 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kuala Lumpur mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes, diikuti Selangor (4) manakala Pahang, Perak dan Terengganu masing-masing tiga kes.

Sementara itu, Kedah pula merekodkan dua kes kematian manakala Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sarawak, satu kes di setiap negeri.

Tiada kematian baharu dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, terdapat 41,034 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,896 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,357 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 3,508 kes dirawat di hospital.

Sebanyak 273 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 159 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 78.4 peratus atau 25, 616,109 populasi penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi.

Kira-kira 79.6 peratus atau 25,999,742 individu mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sehingga kini, sebanyak 19.4 peratus atau 6,329,155 individu pula sudah menerima suntikan dos penggalak. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar