web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umrah: Agensi Pelancongan Mohon Kerajaan Timbang Semula Keputusan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:03PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan agensi pelancongan meminta kerajaan agar mempertimbangkan semula keputusannya menangguhkan perjalanan rakyat negara ini untuk mengerjakan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata penangguhan itu akan menyebabkan bakal jemaah umrah yang telah membuat tempahan dan pembayaran kepada agensi pelancongan menanggung kerugian kewangan besar.

“Sebelum dapat visa umrah, agensi perlu membuat pembayaran melalui sistem e-wallet yang disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, selepas bayar untuk kos pengangkutan bas dan hotel barulah keluar visa umrah.

“Kalau ada berlaku penundaan di pihak Malaysia maka amaun yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, serta agensi pelancongan tidak boleh membuat pembayaran semula kepada jemaah. Jadi diharap apa sahaja kerugian ditanggung oleh jemaah dan agensi wajar diambil kira,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, Setiausaha Agong Kehormat Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ab Rahman Mohd Ali dan Naib Presiden Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Razak.

Sementara itu Setiausaha Agong Kehormat BUMITRA, Ab Rahman berkata anggaran kos kerugian yang perlu ditanggung jemaah yang telah berdaftar ekoran penundaan itu dianggarkan sebanyak RM210 juta.

Menurutnya agensi perlancongan juga bakal berhadapan dengan tuntutan tribunal ataupun mahkamah sivil daripada bakal jemaah umrah, bagi menuntut  bayaran yang telah dibuat akibat penangguhan perjalanan umrah terbabit.

“Untuk makluman, tuntutan bayaran balik untuk penangguhan umrah pada 18 Mac 2020 masih ada yang belum dapat diselesaikan, jadi penundaan yang baru diumumkan bakal memberi impak besar kepada agensi-agensi pelancongan,” katanya.

Sementara itu Presiden PAPUH, Razali turut mencadangkan agar para jemaah umrah diberi keutamaan mendapat suntikan dos penggalak, sekiranya pihak kerajaan menarik semula keputusan penangguhan perjalanan jemaah umrah berkenaan.

“Kami juga memohon agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah kaunter ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sewaktu ketibaan jemaah dan menambah bilangan kakitangan KKM yang bertugas agar proses dipercepatkan,” katanya.

Semalam kerajaan memaklumkan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Januari bagi membendung penularan varian Omicron, susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar