web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak, Kelantan Beralih Fasa 4 PPN 3 Januari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 12:00PM

Selain Kelantan, Sarawak juga akan beralih ke Fasa 4 PPN, mulai 3 Januari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sarawak dan Kelantan yang kini berada dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bakal beralih ke Fasa 4, berkuatkuasa 3 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dipersetujui selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, peralihan kedua-dua negeri itu menyaksikan kesemua negeri berada dalam Fasa 4 PPN.

“Saya ingin memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 PPN adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, orang ramai diseru supaya tidak berasa terlalu selesa dengan keadaan itu kerana pandemik COVID-19 masih menjadi ancaman kepada keselamatan dan kesihatan, terutama dengan penularan varian Omicron.

Jelasnya, semua pihak harus terus mematuhi SOP yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggungjawab.

Beliau berkata, orang ramai turut diseru mengenakan pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendapatkan dos penggalak sekiranya layak.

“Lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala dan amalkan TRIIS, iaitu Test (ujian kendiri), Report (lapor), Isolate (pengasingan kendiri), Inform (memaklumkan) dan Seek (mendapatkan rawatan) dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pada masa sama, Hishammuddin mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing.

“Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik, terutama demi memenuhi nilai ambang ditetapkan di bawah PPN,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar