web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daftar Segera Bagi Melancarkan Proses Pengagihan BWI Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 9:16PM

Mohd Shahar (kiri) bersama Dr Adham (kanan) menyerahkan sumbangan daripada MOSTI kepada penduduk PARK Bukit Rangin, di Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Proses pengagihan bantuan wang ihsan (BWI) banjir tidak dapat dilakukan mengikut jadual jika penduduk terjejas belum mendaftar dan mendapatkan pengesahan daripada ketua komuniti setempat.

Ini termasuklah penduduk terjejas banjir yang tidak menduduki pusat pemindahan sementara (PPS), ketika bencana banjir pada 18 Disember lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, semakan dilakukan sebelum ini mendapati, masih ramai penduduk terjejas banjir tidak membuat pendaftaran yang mengakibatkan pengagihan BWI tidak dapat dilakukan kepada mereka.

“Ada antaranya tidak berpindah di PPS dan mereka ini antara yang paling ramai masih belum mendaftar, jadi saya berharap ia dapat dilakukan segera supaya penyaluran BWI dapat dilakukan secepat mungkin.

“Kerajaan juga mempermudahkan proses permohonan BWI dan mereka (penduduk terjejas banjir) tidak perlu mengemukakan dokumen tertentu, cuma maklumkan dan dapatkan pengesahan daripada ketua komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai program penyerahan bantuan banjir Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Rangin di sini, hari ini.

Program dihadiri Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mohd Shahar turut memaklumkan proses pengagihan fasa pertama BWI sudah dilakukan dan fasa kedua akan disalurkan kepada semua penduduk terjejas secara berperingkat.

“Kita sangat berharap semua penduduk terbabit dalam bencana banjir baru-baru ini menerima BWI disediakan kerajaan, mereka cuma perlu daftar dan berjumpa dengan ketua komuniti, selebihnya pejabat daerah, kerajaan Pahang dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) uruskan.

“Kalau boleh saya tidak mahu ada penduduk merungut kerana tidak mendapat bantuan, sedangkan kita sudah permudahkan laluan untuk mereka dan proses penyaluran BWI dan bantuan lain dibuat berdasarkan data yang kita ada,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad