web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


YES, PGDM Hulur Bantuan Pasca Banjir Untuk Ibu Tunggal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 5:25PM

Ramlah menceritakan pengalaman kehilangan anak serta ditimpa musibah banjir pada tahun yang sama kepada sukarelawan YES serta wakil PGDM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu tunggal yang kehilangan suami akibat virus COVID-19 ialah antara golongan sasaran untuk misi bantuan pasca banjir anjuran Yayasan Era Suria (YES) dan Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM).

Sukarelawan YES, Muhammad Dinnie Asyraf Salim berkata, jalinan kerjasama di antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini amat penting bagi memastikan koordinasi di lapangan lebih bersifat menyeluruh, selain memastikan tiada golongan yang tercicir ketika negara sedang ditimpa bencana.

“Mangsa banjir yang ditemui amat terkesan emosinya. Sudahlah baru sahaja kehilangan punca pendapatan akibat COVID-19, kini berdepan pula dengan musibah banjir yang menyebabkan kerugian cukup besar,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, Pengerusi PGDM Mohamad Azfar Afandi Bin Zulkfley ketika ditemui berkata, misi kali ini bukan semata-mata memberi bantuan keperluan harian dan kewangan tetapi lebih kepada sokongan moral dan emosi.

“Emosi mereka sangat terkesan ketika ini, jadi kita perlu bantu mereka dengan segala apa yang boleh dilakukan untuk menaikkan semula semangat,” katanya.

Seorang penerima, Ramlah Ahmad, 83, menyifatkan hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, apabila kehilangan tiga anak akibat virus maut itu Julai lalu.

Presiden PGDM, Mohamad Azfar Afandi Zulkfley menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit, keperluan asas seperti tilam, dapur gas, selimut serta makanan kering kepada mangsa banjir.
Presiden PGDM, Mohamad Azfar Afandi Zulkfley menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit, keperluan asas seperti tilam, dapur gas, selimut serta makanan kering kepada mangsa banjir.

Belum pun reda kesedihan ditanggung, rumahnya pula musnah dilanda banjir sehingga merosakkan keseluruhan harta benda.

“Banjir berlaku dengan sangat cepat, dan air meningkat sehingga ke paras dada pada 20 Disember lalu.

“Saya ingat lagi bagaimana cucu terpaksa diselamatkan menggunakan tong air berwarna kuning dalam keadaan gelap, kerana terputus bekalan elektrik,” katanya yang juga menghidap kanser otak.

Seorang lagi penerima bantuan, Mashitah Abd Talib, 55 pula menyifatkan banjir kali ini antara yang terburuk.

Manakala seorang lagi penerima bantuan, Mashitah Abd Talib, 55, turut menyifatkan banjir kali ini antara yang sangat teruk sepanjang beliau menetap di Puchong.

“Inilah sumbangan pertama yang saya terima sejak hari pertama dilanda banjir. Saya amat bersyukur kerana ada pihak yang mengambil berat,” katanya.

Dalam kejadian banjir besar di Selangor tempoh hari, Kampung Tengah Batu 13, Puchong antara kawasan yang terjejas teruk, apabila sejumlah besar kediaman penduduk ditenggelami air.

Misi bantuan berkenaan melibatkan lima keluarga yang terlebih dahulu kehilangan insan tersayang akibat COVID-19.

Antara sumbangan yang diberikan  oleh YES dan PGDM termasuk keperluan asas seperti tilam, dapur gas, selimut, makanan kering, bakul makanan serta wang tunai. - Getaran, 28 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar