web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Sejak Petang, Kajang Dilanda Banjir Kilat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 9:00PM

Keadaan jalan selepas air surut. - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kajang, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula petang tadi, sebelum keadaan dilaporkan hampir pulih sepenuhnya tidak lama kemudian.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan di Jalan Semenyih serta Rumah Murah Taman Lembah Mewah, Kajang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan banjir kilat di Apartmen Glen Court pada jam 5.19 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air dari sebuah kolam berhampiran apartmen terbabit pada kedalaman kira-kira 0.3 meter.

“Bagaimanapun, apabila anggota kita tiba di lokasi pada jam 5.57 petang, banjir kilat di kawasan terbabit sudah surut sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya hari ini.

Norazam berkata, setakat ini, tiada penduduk yang diarahkan berpindah dari kediaman masing-masing.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP sama turut digerakkan ke satu lagi kawasan yang dilaporkan dilanda banjir kilat iaitu di Taman Lembah Mewah selepas menerima laporan kejadian pada jam 5.35 petang tadi.

“Banjir kilat berlaku di kawasan berkenaan akibat hujan lebat dan keadaan longkang yang tersumbat, menyebabkan air melimpah dengan kedalaman kira-kira 0.6 meter.

“Keadaan pada masa ini terkawal, malah paras air semakin surut, dan kejadian ini juga tidak membabitkan sebarang pemindahan mangsa,” katanya.

Selain itu, beberapa kawasan lain turut ditimpa masalah sama iaitu di Jalan Bukit Mewah dan Taman Zamrud, Kajang, petang tadi namun kejadian beransur pulih dan air surut sepenuhnya menjelang lewat petang. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad