web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Gerakkan Semua Sumber, Elak Pinjam Duit Daripada Along - Ramli

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 1:21PM

Polis akan menggunakan sumber yang ada untuk menasihatkan mangsa banjir agar tidak membuat pinjaman along, yang kini dilaporkan mengambil kesempatan untuk menawarkan pinjaman. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis akan menggunakan semua sumber yang ada di balai seluruh negeri untuk menasihatkan mangsa banjir, supaya tidak terjebak dalam membuat pinjaman daripada along ketika dilanda musibah.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, beliau percaya Polis Selangor di bawah pimpinan Datuk Arjunaidi Mohamed sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mencegah isu ini daripada terus berleluasa, terutamanya di musim banjir.

Beliau berkata, khidmat nasihat pastinya akan dibuat oleh pegawai dan anggota di lokasi bagi mengelakkan mangsa banjir terjebak dalam isu pinjaman along dan sebagainya.

“Kita dalam polis ini ada sektor, dalam satu balai anggota dibahagikan kepada beberapa sektor dan setiap sektor ada seorang anggota, jadi kita akan gunakan semua sumber yang ada ini untuk apa saja bantuan dari sudut nasihat, keselamatan dan sebagainya.

“Itulah yang sewajarnya dilakukan oleh anggota sektor ini dan ia akan ditekan lagi untuk memberi khidmat-khidmat sebegini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Beras dan Pakaian kepada mangsa banjir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan along yang dikatakan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, dengan menawarkan pinjaman wang kepada mangsa banjir.

Pada majlis tersebut, sebanyak 15 tan beras disumbangkan oleh syarikat swasta kepada Polis Selangor termasuk daripada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

Turut memberi sumbangan adalah Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (RESPA).

Menurut Ramli, seramai 632 keluarga terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Selangor terjejas akibat banjir yang melanda di hampir keseluruhan daerah di negeri ini minggu lalu.

“Walaupun turut tidak terkecuali dilanda musibah, namun mereka cekal meneruskan tugas hakiki, iaitu memberi bantuan kepada mangsa banjir selain menjaga keselamatan harta benda yang ditanggalkan mangsa.

“Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka serta kita amat berterima kasih kepada penyumbang,” katanya. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

2

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad