web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkan Ambulans Masuk Jalan Utama Undang Bahaya - Trafik Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 1:14PM

Tular video di media sosial yang menunjukkan sebuah ambulans berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi rombongan Perdana Menteri yang diiringi polis trafik. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tindakan membenarkan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah untuk masuk ke jalan utama boleh mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at.

Mengulas mengenai penularan video di media sosial yang memaparkan sebuah ambulans berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi diiringi polis trafik, Azman berkata kejadian tersebut berlaku semalam, pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang dalam perjalanan melihat kerja pembersihan kediaman mangsa banjir, bermula dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat menuju ke Masjid Al-Mustaqqim Batu 16, Hulu Langat.

Katanya, semua pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sentiasa diarahkan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit.

“Anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut dalam masa singkat.

“Memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan, tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota terbabit, selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Menurut Azman, dalam keadaan yang ditunjukkan dalam video tersebut, jika keutamaan diberikan kepada pacuan empat roda (4WD) dan ambulans yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama, ia akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.

“Oleh demikian, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan, selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik berkenaan.

“Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans dan kenderaan 4WD berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku,” katanya.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, sebuah 4WD dan ambulans diberhentikan, bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri.

Ia menimbulkan kecaman oleh kalangan netizen kerana berpendapat, keutamaan sewajarnya diberikan kepada ambulans kerana membawa pesakit yang jelas memerlukan rawatan segera. – Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad