web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peserta Konvoi Maut, Dipercayai Ditimpa Batu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:10AM

Seorang peserta konvoi maut selepas kepalanya dipercayai ditimpa batu ketika menyertai konvoi motosikal di jalan menuju Bukit Fraser. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kepalanya dipercayai ditimpa batu semasa menyertai konvoi motosikal di jalan menuju Bukit Fraser semalam. 

Nor Eaffendi Mohamad Samsi, 51, dari Ulu Tiram, Johor meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed berkata kejadian dilapor pada 9 pagi ketika lelaki itu dan isteri menyertai konvoi bermotosikal seramai 30 orang dari Johor ke Jerantut, Pahang pada Jumaat, sebelum bergerak ke Wangsa Maju, Kuala Lumpur melalui Bukit Fraser. 

“Isteri mangsa yang membonceng motosikal itu mendakwa mendengar bunyi hentakan kuat di hadapannya diikuti mangsa jatuh menyebabkan motosikal mereka terbabas ke kanan jalan. 

Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa mengalami pendarahan di muka dan terdapat kesan retak pada topi keledarnya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Isteri mangsa tidak cedera dalam kejadian itu. 

Kama Azural berkata bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan pendarahan di otak dengan tempurung kepala retak. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad