web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BSN Tawar Pembiayaan Peribadi Hingga RM10,000 Pada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 4:59PM

Dua penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, membersihkan rumah mereka selepas air surut sejak beberapa hari lepas. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menawarkan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah MyRinggit-i Banjir sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 yang diumumkan pada minggu lepas kepada mangsa banjir.

“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata pembiayaan itu adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh sehingga 3.5 tahun.

Pemohon boleh memohon mulai 27 Disember 2021 melalui https://www.bsn.com.my.

Sementara itu, BSN dalam kenyataan berasingan pula menjelaskan MyRinggit-i Banjir terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN - www.bsn.com.my.

“Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan,” menurut BSN.

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan tersebut ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.

BSN menambah, pihaknya akan memaklum‹an status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN, menurutnta.

Layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut.

Inisiatif melalui BSN ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Disember 2021, sebagai inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir.

Beliau juga mengumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.

Antara kemudahan itu termasuklah penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.

Selain BSN, Ismail Sabri juga berkata TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.

“Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad