web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kes Terawal Omicron Libatkan Suami Isteri Di Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 2:25PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan dua kes COVID-19 varian Omicron terawal melibatkan pasangan suami isteri yang baru tiba dari Arab Saudi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Beliau berkata dua kes Omicron yang dilaporkan semalam itu membabitkan sepasang suami isteri yang telah pergi menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember.

“Ujian Saringan PCR di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember dikesan positif pada 18 Disember lepas. Sampel PCR tersebut kemudiannya telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom, dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah dan kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes juga telah dikenal pasti dan telah diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu di MELAKA, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan satu kes positif COVID-19 varian Omicron di kesan di negeri itu semalam.

Beliau berkata kes merupakan wanita berusia 34 tahun bersama suaminya yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah dari 4 hingga 15 Disember lepas.

“Di KLIA, kes telah menjalani ujian PCR COVID-19 dan pulang ke Melaka menaiki van persiaran sewaan khas agen umrah. Kes juga diarahkan menjalani HSO selama tujuh hari,” katanya dalam sidang media di Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata keputusan ujian PCR kes disahkan positif COVID-19 pada 18 Disember dan dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bukit Serindit dan menjalani isolasi di rumah kerana berkategori 1, sebelum disahkan sebagai positif COVID-19 varian Omicron semalam dan dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Melaka bagi tujuan pemantauan rapi. Setakat ini, wanita berkenaaan dilaporkan stabil,” katanya. 

Hasil siasatan awal mendapati sembilan kontak rapat iaitu lapan kontak rapat dari keluarga yang mana berada di Melaka dan dua orang lagi di Kuala Lumpur dan seorang kontak kasual iaitu pemandu van agen umrah. 

Jelas Dr Akmal, kesemua kontak rapat telah diarahkan menjalani HSO selama 14 hari dan ujian PCR mendapati lima daripada mereka disahkan positif iaitu empat di Melaka dan seorang di Kuala Lumpur. 

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, sebanyak 49 kes baharu varian Omicron dikesan di negara ini sehingga Jumaat lepas.

Beliau dilaporkan berkata 30 kes varian Omicron adalah melibatkan warganegara Malaysia yang tiba dari Arab Saudi bermula 13 hingga 17 Disember lalu, manakala kes selebihnya adalah ketibaan dari luar negara membabitkan United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat, Nigeria, Turki, Itali, Ghana dan Emeriah Arab Bersatu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: Kes Aktif Varian Omicron Bergejala Ringan - Pakar Perubatan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Varian Arcturus Menular Di AS, Boleh Sebabkan Gejala Luar Biasa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad