web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Luruan Monsun Bermula Esok, Cetus Hujan Berterusan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 11:23AM

Luruan monsun bermula esok sehingga 1 Januari depan berpotensi mengakibatkan hujan berterusan di beberapa negeri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan akan berlaku luruan monsun bermula esok sehingga 1 Januari depan yang berpotensi mengakibatkan hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung, Johor, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forcasting Model (MMD-WEF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“MET Malaysia menjangkakan akan berlaku luruan monsun pada 27 Disember 2021 hingga 1 Januari.

“Pada masa yang sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan,” katanya, malam tadi.

Menurut beliau, keadaan tersebut berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 hingga 30 Disember dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember. 

“Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember hingga 1 Januari 2022. 

“Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 Disember hingga 1 Januari 2022,” katanya.

Tambah beliau, orang awam yang merancang perjalanan ke semua kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini. 

“MET Malaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir bila keadaan perlu,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2021
 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar