web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


62 Kes Omicron Dikesan Di Malaysia Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 10:40AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kumulatif kes yang dikesan membabitkan varian Omicron di negara kini sudah mencecah 62 kes dengan satu daripadanya disyaki berkemungkinan merupakan penularan tempatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat 21 Disember ini, sebanyak 145 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara telah menjalani ujian PCR Genotyping Assay di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menurut beliau, 60 sampel menunjukkan berkemungkinan varian tersebut dan semalam 45 daripadanya disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR.

“Sementara itu, Institute of Health and Community Medicine dan Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengesan sebanyak empat kes varian Omicron,” katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Mengulas mengenai kes disyaki penularan tempatan tersebut, Khairy berkata individu terbabit merupakan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, individu tersebut telah menjalani ujian COVID-19 pada 18 Disember kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

“Keputusan sampel didapati positif COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di bawah Hospital UmumSarawak pada 20 Disember.

“Sampel kes telah dihantar ke IHCM - UNIMAS untuk ujian penjujukan genom dan disahkan positif untuk varian Omicron pada 23 Disember.

“Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 3 tahun ini. Punca jangkitan mash belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,” katanya.

Khairy berkata, individu terbabit juga telah lengkap vaksinasi dan keadaan beliau adalah stabil.

“Seramai dua kontak telah dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial.

“Kedua-dua kontak ini telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari dan keputusan ujian sampel pertama bagi kedua-dua mereka adalah negatif COVID-19,” katanya. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad