web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Azizah Ketuai NGO, Derma Generator Tenaga Solar Pada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 10:29AM

Dr. Wan Azizah (tengah) bertemu penduduk flat Taman Sri Lembayung, Seksyen 25, Shah Alam, dan menyampaikan sumbangan 7 generator tenaga solar dan makanan, Khamis lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Yayasan Aman dan Jingga13 Malaysia menyumbangkan tujuh generator tenaga solar kepada penduduk di flat Taman Sri Lembayung, Seksyen 25 pada Khamis, susulan banjir luar jangka, baru-baru ini.

Penduduk berkenaan terputus bekalan elektrik selama lima hari, berikutan banjir tersebut.

Pengerusi Yayasan Aman, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa selama sejam mendengar keluhan penduduk mengenai keadaan pasca banjir.

Menurut pengerusi surau di pangsapuri Taman Sri Lembayung, yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Zulkifli, sumbangan generator ini akan membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk ketika ini.

''Sumbangan ini amat kami hargai, ia dapat digunakan jika berlaku bencana lain, tidak perlu lagi ke plaza tol (Sri Muda) untuk mengecas telefon bimbit seperti sebelum ini.

''Lagipun, ia selamat, tidak memerlukan bahan bakar. Ketika bencana, tidak praktikal untuk mencari bahan bakar terutama pada waktu malam,'' katanya.

Generator kuasa solar itu, katanya akan disimpan di surau An-Nur, di mana penduduk dapat menggambilnya dengan mudah ketika kecemasan.

Zulkifli turut mengambil kesempatan untuk meluahkan terima kasih kepada rakyat di atas kebaikan mereka, sejak dua hari lalu.

''Kami menerima bekalan makanan yang tak putus-putus. Menyedihkan, bantuan dari pihak berkuasa belum sampai,'' luahnya kesal.

Selain generator tenaga solar, sebanyak 350 hamper makanan turut diagihkan kepada penduduk.

Dalam pada itu, koordinator program Yayasan Aman, Mikhael Iskhandaar berkata, pertubuhan itu telah mencadangkan 'pelan bantuan' kepada penduduk sekiranya bencana sama berlaku pada masa depan.

''Penduduk menerima idea berkenaan dengan positif dan menubuhkan jawatankuasa bertindak,'' katanya.

Menurut penduduk, tiada pasukan perubatan atau sukarelawan yang sampai ke situ sejak banjir melanda.

Sementara itu, ketua sukarelawan biro Jingga13 Selangor, Abdul Rahman Mageswaran Pragas menggesa pihak berkuasa membina kabin berhampiran zon perumahan bagi membolehkan mereka menyimpan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, bot dan solar panel.

Beliau menggesa kerajaan mengenalpasti kawasan sesuatu sekiranya bencana menimpa lagi.

''Saya harap kerajaan akan melihat dengan serius kepada alternatif seperti memperuntukkan pusat kecemasan di kawasan yang lebih tinggi untuk rakyat, atau mungkin menyediakan siren dan pembesar suara bagi memberi amaran tentang bencana yang akan berlaku supaya mangsa boleh mencari perlindungan di kawasan yang lebih tinggi,” katanya. - The Vibes, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 minit yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 59 minit yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad