web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Sampah Pukal Di Taman Sri Muda, Selesai Dalam Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 8:32AM

Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam, mengumpul sampah pukal di satu kawasan sebelum dikutip oleh KDEBWM. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), syarikat milik penuh kerajaan Selangor menjangkakan akan menyelesaikan masalah sampah pukal pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, dalam tempoh seminggu.

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud berkata sehubungan itu, penduduk diharap bersabar dan bekerjasama bagi melancarkan operasi pungutan sampah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Bumi Segar Indah Sdn Bhd itu.

“Kita akan pastikan setiap kawasan yang kita masuk itu (untuk kutipan sampah), kita selesaikan satu persatu dan berharap (penduduk) bersabar.

“Sejak Rabu lepas, kita sudah kutip 400 tan sampah dan Khamis sebanyak 800 tan. Kita mengharapkan pemindahan sampah dari Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 ke Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor dalam masa seminggu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21, di sini semalam.

Ahmad Rizal berkata Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 seluas 4.24 hektar merupakan tempat pengumpulan sampah sementara dari Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya yang mempunyai 300 kakitangan termasuk pemandu lori, pengendali sampah dan pengawal trafik.

Beliau berkata KDEBWM memiliki 500 tong roro, 110 lori termasuk dua lori 44 tan dan lapan lori 10 tan serta akan menambah lima lori 44 tan dalam masa terdekat untuk membawa sampah ke Jeram.

“Kerjasama daripada semua pihak amat penting supaya dapat mempercepatkan pengumpulan sampah-sampah dari kawasan terjejas banjir supaya lori boleh membuat pusingan kutipan lebih kerap,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

2

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

4

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

5

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad