web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengapa Perdana Menteri Terus Membisu? - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 9:49PM

Keadaan banjir d Taman Sri Muda Shah Alam pada 20 Disember. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob harus menjelaskan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menguruskan bencana banjir di Selangor, kata Veteran DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, terdapat banyak kekeliruan mengenai perkara itu sejak negeri terbabit dilanda banjir hujung minggu lepas.

Menurut Kit Siang, Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, bidang kuasanya hanyalah untuk menyelia hal ehwal keselamatan, bukan pengurusan bencana.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“Semalam, saya meminta Perdana Menteri memaklumkan kepada umum siapa sebenarnya Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor kerana kekeliruan seumpama itu tidak sepatutnya timbul di tengah-tengah bencana banjir paling dahsyat yang berlaku dan meragut 37 nyawa setakat ini.

“Perdana Menteri senyap seribu bahasa sejak semalam, mungkin apakah Perdana Menteri sendiri tidak tahu siapa Pengerusi MKN Selangor,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kekeliruan timbul berikutan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa beliau dimaklumkan pada November yang jawatannya telah diambil alih oleh menteri persekutuan.

Pada Selasa lalu, Amirudin memaklumkan kepada media bahawa beliau akan mempengerusikan semula MKN Selangor.

Susulan itu, Noh yang dikatakan pengerusi MKN sejak November, dikritik orang ramai kerana dilihat gagal menguruskan bencana banjir.

Menjawab kritikan orang ramai, Noh menuduh Amirudin tidak faham tentang arahan MKN yang menetapkan Menteri Besar Selangor itu bertanggungjawab ke atas pengurusan bencana, manakala beliau bertanggungjawab mengenai keselamatan dan ketenteraman awam.

Susulan perkara itu, Kit Siang menggesa supaya Perdana Menteri menyingkirkan Noh dan memecatnya sebagai menteri atas ketidakcekapannya menangani bencana banjir di Selangor. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar