web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Pengunjung, Pemilik Pusat Hiburan Dikompaun RM148,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 9:52PM

Sebanyak RM148,000 kompaun dikeluarkan kepada pengunjung dan pemilik pusat hiburan di Jalan Penampang Baru, kerana melanggar SOP, dalam operasi yang dijalankan awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM148,000 terhadap pengunjung dan pemilik pusat hiburan di Jalan Penampang Baru, awal pagi tadi, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, 82 pengunjung dikenakan kompaun bernilai RM1,500 setiap seorang kerana melanggar SOP.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Haris Ibrahima berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menyerbu pusat hiburan berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam, bahawa pusat hiburan berkenaan beroperasi sehingga lewat pagi.

"Ketika serbuan dilakukan, pasukan kita mendapati pengunjung pusat hiburan berkenaan sedang leka berhibur dengan muzik yang sedang dimainkan.

"Pemeriksaan mendapati pengunjung gagal mengamalkan penjarakan fizikal dan ada antara mereka yang tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera," katanya.

Sehubungan dengan itu, 82 pengunjung dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang, manakala pemilik premis dikompaun RM25,000.

Mohd Haris berkata, pihaknya turut menahan pemilik premis berkenaan mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958.

"IPD Penampang akan terus menjalankan risikan dari semasa ke semasa bagi membuat serbuan.

"Ia selaras dengan usaha untuk menghentikan penularan COVID-19," katanya. - Getaran, 23 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad