web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Razarudin Dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 5:17PM

Razarudin Husain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu, berkuat kuasa 26 Disember ini.

Razarudin, 58, menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang bersara wajib pada 25 Disember.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Pelantikan itu selaras dengan Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah Timbalan Ketua Polis Negara kepada Razarudin di sini hari ini.

“Razarudin mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam melumpuhkan serta memerangi kegiatan jenayah di seluruh negara.

“Saya percaya gandingan baharu beliau bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan memantapkan lagi gerak kerja Polis Diraja Malysia dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," kata Hamzah.

Razarudin yang berasal dari Dengkil, Selangor, telah berkhidmat selama 36 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 27 Disember 1982.

Sebelum pelantikan terkini, beliau pernah memegang jawatan penting dalam PDRM antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak dan seterusnya Timbalan Ketua Polis Perak dan sebelum diamanahkan mengetuai kontinjen itu. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar