web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apple Sedia Bantu Malaysia, Filipina, Ramai Saran Sumbang Melalui NGO

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 3:28PM

Tim Cook - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana banjir yang melanda beberapa negeri khususnya di Selangor minggu lalu agak luar biasa dan mengejutkan ramai.

Hujan yang turun melebihi kebiasaan itu dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan sejumlah besar jalan utama ditutup, manakala jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus bertambah.

Turut berdepan situasi sama, negara jiran Filipina yang terjejas teruk selepas dibadai Taufan Rai beberapa hari lalu.

Bencana terburuk menimpa kedua-dua negara ini turut mendapat perhatian syarikat teknologi Apple yang berpangkalan di Cupertino, California, Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan juga Filipina.

“Taufan Rai menyebabkan begitu banyak kemusnahan di Filipina dan Malaysia. Ramai keluarga terjejas. 

“Apple akan menyumbang kepada bantuan, pemulihan dan usaha pembinaan semula jangka panjang,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Usaha itu disambut baik rakyat di kedua-dua negara.

Begitupun majoriti rakyat di negara ini menggesa agar sumbangan tersebut tidak dihulurkan secara terus kepada kerajaan Malaysia.

Sebaliknya, mereka mahu bantuan itu disampaikan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus-lumus membantu mangsa sejak dari awal lagi.

“Hai Tim! Rakyat Malaysia amat berterima kasih atas sebarang bantuan. Tetapi sila berhati-hati, sebarang bantuan kewangan hanya boleh disalurkan kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) pilihan anda, bukan menerusi mana-mana akaun bank pegawai kerajaan kami,” kata Gwasteady.

“Terima kasih dari Malaysia. Ia amat bermakna buat kami. Tolong bekerjasama dengan NGO dan bukannya kerajaan Malaysia. Saya merayu pada anda,” kata Yiyieen.

“Sila salurkan bantuan secara terus kepada NGO di Malaysia, mereka lebih berkemampuan (mengurus) berbanding kerajaan sendiri. Percayalah, dari rakyat yang amat cintakan negara,” kata Badariahnabilah.

Menerusi maklum balas hantaran tersebut, majoriti rakyat di negara ini jelas kecewa dengan cara kerajaan mengurus situasi banjir ketika ini.

Sementara itu, bekas ahli tinju profesional terkenal dan kini menjadi senator Filipina, Manny Pacquiao pula mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Tim.

“Terima kasih kerana membantu negara kami. Jika ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh pasukan kami di Filipina untuk membantu anda di lapangan, kami sedia membantu,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar