web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Gantung Sementara Inisiatif VTL - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 2:58PM

Program VTL antara Malaysia-Singapura bermula pada 29 November lalu, namun disebabkan kebimbangan penularan varian Omnicron. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin antara Malaysia-Singapura akan digantung sementara berkuatkuasa esok, hingga 20 Januari depan.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tersebut diambil susulan kenyataan media Kementerian Kesihatan Singapura berhubung kluster tempatan di negara berkenaan, 20 Disember lalu.

Menurutnya, terdapat tiga kes positif dilaporkan dengan dua daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicron, sementara keputusan bagi kes lain masih belum diperoleh.

Difahamkan, ketiga-tiga kes terbabit tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar negara.

“Mengambil kira perkembangan terkini yang dilaporkan Singapura, KKM (Kementerian Kesihatan) ingin memaklumkan penggantungan sementara penjualan tike bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif VTL antara Malaysia-Singapura berkuatkuasa sepanjang tempoh 23 Disember sehingga 20 Januari 2022,” katanya hari ini.

Penggantunggan itu meliputi laluan udara dan darat.

Bagaimanapun menurut Khairy, pengembara yang memiliki tiket perjalanan bagi VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif VTL.

“Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua insiatif VTL ini akan dibuka semula bermula 21 Januari 2022, selepas penilaian risiko dibuat berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, kuota tiket yang dijual akan dikurangkan daripada jumlah sedia ada,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, maklumat lanjut berhubung arahan terkini boleh dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (VTL Udara) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (VTL Darat).

“KKM ingin menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Lakukan ujian pengesan COVID-19 kediri secara berkala bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain,” katanya.  – Getaran, 22 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar