Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wajar Beri Moratorium Kepada Rakyat Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 8:39AM

Angka kerugian yang dialami oleh mangsa banjir cukup besar, justeru perlunya pemberian moratorium dipertimbangkan kepada rakyat yang terjejas. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai kerugian dialami mangsa banjir akibat kemusnahan dan kerosakan barangan selepas kediaman mereka dimasuki air, cukup besar.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjanjikan bahawa kerajaan akan menyalurkan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap isi keluarga untuk meringankan bebanan mereka, jumlah itu tidak mampu menampung kos baik pulih dan pembelian barangan asas baharu.

Justeru, beberapa pihak mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium kepada rakyat terjejas banjir untuk membantu mengurangkan kesusahan mereka berdepan kesan bencana itu, yang menyaksikan ada segelintir keluarga terpaksa keluar daripada rumah sehelai sepinggang.

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, pihaknya sangat menyambut baik cadangan itu bagi membolehkan penduduk terjejas memulakan ‘kehidupan baharu’, selepas berdepan banjir teruk.

Katanya, pemberian moratorium itu boleh menjadi faktor tambahan untuk memudahkan mereka membiayai kos pembersihan kediaman dan urusan berkaitan.

“Sudah tentu saya menyokong seratus peratus daripada dahulu lagi pemberian moratorium ini dan perkara yang sepatutnya dibuat untuk semua orang terkesan.

“Malah, ini boleh menjadi faktor tambahanlah sebab wang sepatutnya membiayai pinjaman itu boleh digunakan untuk membersihkan rumah dan sebagainya dengan kos agak banyak,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ahmad Yazid Othman
Ahmad Yazid Othman

Ahmad Yazid berkata, apabila moratorium itu diluluskan, MTEM berharap institusi perbankan tidak mengenakan kadar faedah tinggi atau membebankan penerima yang sedia susah.

“Jangan pula ambil kesempatan buat duit atau perniagaan kepada orang susah terjejas banjir ini, sebaliknya berniat baik dengan menetapkan kadar faedah sangat rendah atau sifar kadar faedah,” katanya.

Selain itu, Ahmad Yazid berkata, MTEM sememangnya tidak bersetuju dengan ura-ura kerajaan mahu membenarkan kemudahan pinjaman khusus, untuk pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas banjir.

Ketika detik sukar itu juga, jelasnya, pengusaha PKS yang terjejas banjir lebih memerlukan moratorium dengan kadar faedah rendah atau sifar supaya tidak lebih terbeban pada masa depan.

Menurut Ahmad Yazid, ditambah dengan keadaan kebanyakan pengusaha SME yang baharu memulakan perniagaan selepas operasi ditutup sementara akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19, pastinya moratorium diterima sangat membantu mereka melancarkan bisnes.

“Jadi kita (MTEM) harap tak ada orang ambil kesempatanlah, waima bank sekali. Lebih wajar bagi moratorium berbanding pinjaman,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Felo Institut Kajian Analisis Politik Malaysia, Md Shukri Shuib pula berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian moratorium itu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu memastikan pemohon menyediakan dokumentasi sebagai bukti mereka adalah mangsa banjir.

Jelasnya, usaha itu wajar dilaksanakan berikutan institusi perbankan mempunyai dana pengukuhan untuk menyediakan pemberian moratorium tanpa menjejaskan keuntungan.

“Semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan perlu berganding bahu membantu mangsa banjir.

“Sebagai contoh, katanya, kerajaan perlu menyediakan mekanisme baharu, seperti bengkel panel khas untuk membaik pulih kenderaan ditenggelami banjir,” katanya.

Md Shukri berkata, moratorium itu akan membantu mangsa, sekali gus membolehkan sektor automotif terus berkembang.

“Langkah ini juga memberi peluang kepada graduan lepasan bidang automotif untuk menyumbang kemahiran mereka bagi membantu dan memperbaiki kenderaan,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2021

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 minit yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza