web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKP Tamat, Ibu Kota Kembali Meriah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 8:00AM

Rakyat Malaysia membanjiri kompleks membeli-belah Sogo di ibu kota.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kehadiran pandemik COVID-19 bukan sahaja mengubah landskap negara secara keseluruhan, tetapi turut menjadikan hidup dilingkari norma baharu.

Pelaksanaan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kerajaan sedikit sebanyak membuatkan kehidupan seharian berubah rigid, apabila segalanya perlu mengikut tertib tertentu, demi keselamatan dan kesihatan sejagat.

Setahun lamanya rakyat Malaysia menjalani aktiviti seharian dengan berpandukan garis panduan pihak berkuasa, tanpa ‘kebebasan’ mutlak yang selama ini menjadi tunjang utama mereka.

Hari ini, selepas sekian lama, ibu kota kembali sesak dan dipenuhi orang ramai selepas kerajaan menarik semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga negeri, termasuk Kuala Lumpur.

Pelaksanaan terbaharu bermula 5 Mac itu nyata menjadikan kehidupan warga kota kembali ‘bermakna’ apabila berpeluang melakukan aktiviti seharian bersama seisi keluarga dengan lebih bebas.

Aktiviti perniagaan juga dilihat semakin rancak, sekali gus memberikan petunjuk positif untuk pertumbuhan ekonomi negara mulai pulih berbanding sebelum.

Tinjauan Getaran mendapati, kawasan tumpuan ramai seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman mula dibanjiri pengunjung, yang rata-rata mengambil kesempatan untuk membeli-belah atau sekadar mencuci mata bersama keluarga tersayang.

Lubuk emas kotaraya yang sebelum ini suram dek penangan COVID-19 itu berubah hampir 180 darjah, apabila sesak dengan kehadiran orang ramai, berbanding ketika PKP dilaksanakan sebelum ini.

Ibu kota kembali sesak selepas kerajaan menarik semula PKP.
Ibu kota kembali sesak selepas kerajaan menarik semula PKP.

Kehadiran pengunjung itu jelas memberikan kelegaan kepada pengusaha kedai pakaian yang mengalami kerugian akibat jumlah tetamu yang merudum.

Suhaimi Adzlan, 54, berkata kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, termasuk ketiadaan sekatan jalan raya di kawasan tertentu, serta kebenaran untuk bergerak melebihi 10 kilometer (km) sedikit sebanyak membuatkan beliau mampu bernafas dengan lega.

Menurut beliau, sebelum ini bilangan pelanggan berkurangan ekoran pergerakan yang terbatas, dan halangan untuk sektor perniagaan beroperasi seperti biasa.

"Kami bersyukur kerana kerajaan membenarkan premis perniagaan beroperasi kembali dan walaupun agak terkesan ketika PKP dilaksanakan baru-baru ini, sekurang-kurangnya kerugian itu tidak berpanjangan," katanya kepada Getaran.

Kemeriahan dilihat di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga kian bertambah, apabila pemuzik jalanan mula beraksi mencari rezeki, khususnya di hadapan dua pusat beli-belah utama di kawasan terbabit, iaitu Sogo dan Kompleks Pertama.

Pemuzik jalanan yang hanya dikenali sebagai Marzuki, 53, berkata, keputusan kerajaan menarik semula PKP dianggap sebagai satu hadiah, untuk beliau meneruskan kelangsungan hidup.

Tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, beliau berkata pendapatannya terjejas 100 peratus apabila tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

"Saya berasa sangat bersyukur apabila sudah boleh mencari rezeki dengan menyanyi di jalanan.

"Sepanjang tempoh PKP sebelum ini, saya hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung harap kepada bantuan dan sumbangan orang ramai," katanya lagi.

Sungguhpun kerajaan sudah memberi kelonggaran kepada orang ramai, harus diingat bahawa penularan COVID-19 ini masih belum berakhir.

Semua SOP dan langkah keselamatan perlu diamalkan pada setiap masa dan rakyat perlu sentiasa cakna dengan perkembangan semasa, bagi memastikan mereka tidak dijangkiti virus berbahaya itu.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan bahawa pergerakan merentas daerah dibenarkan di seluruh negara kecuali Sabah, manakala aktiviti merentas negeri tetap dilarang.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) bagi akan berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak yang akan berakhir lebih awal iaitu 15 Mac nanti. - Getaran, 7 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad