web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aset Sajat Dilelong Semula Rabu Ini, Pembida Diingat Bawa Wang Mencukupi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 2:03PM

Proses lelongan aset Nur Sajat akan diadakan semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Proses lelongan aset Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang tertangguh Selasa lalu akan diadakan semula, Rabu ini.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili plaintif, OWA Resources Sdn Bhd berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah meluluskan permohonan lelongan awam kali kedua dilakukan di rumah Sajat yang beralamat di Premis No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada tarikh tersebut.

“Pihak firma guaman kami menerima pengisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada Khamis lalu.

“Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke lokasi lelongan pada Rabu ini,” katanya.

Malah Nurul Hafidzah menasihati orang ramai yang ingin membuat bidaan supaya membawa wang yang mencukupi bagi memastikan bayaran terus dibuat selepas proses pembidaan.

“Senarai barang-barang yang akan dilelong pada pukul 10.30 pagi itu adalah sama seperti lelongan hari pertama, 14 Disember lalu,” katanya.

Jelas beliau, proses lelongan kedua terpaksa dilakukan selepas pembida pada lelongan pertama menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Sebuah piano antara aset yang dilelongkan.
Sebuah piano antara aset yang dilelongkan.

“Proses lelongan awam terpaksa dilakukan untuk kali kedua pada minggu ini kerana lelongan pertama gagal.

“Pembida, Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol yang membuat bidaan tertinggi sebanyak RM132,000 menghilangkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sejurus selepas sesi bidaan berakhir,” katanya.

Nurul Hafidzah berkata anak guamnya, Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset berkenaan adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

“Objektif utama anak-anak guam mengambil tindakan undang-undang melalui kes saman sivil ini adalah bagi membersihkan nama mereka setelah dituduh menipu dan memfitnah, apabila satu laporan polis palsu telah dibuat oleh pihak defendan yang kononnya anak guam telah pecah amanah wang syarikat Muhammad Sajjad sebanyak RM1 juta.

“Selepas lebih tiga tahun berjuang untuk kes ini di mahkamah, sistem kehakiman mendapati yang pihak plaintif tidak pernah menipu, memfitnah dan pecah amanah seperti yang didakwa oleh pihak defendan. Anak-anak guam tidak bersalah dan keadilan telah ditegakkan,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan pembida aset Sajat lesap selepas gagal membuat pembayaran setelah memenangi bidaan bagi lebih 40 barangan milik usahawan itu berjumlah RM132,000.

Lelaki tersebut tidak muncul semula untuk menyelesaikan pembayaran secara tunai selepas membayar deposit sebanyak RM5,000.

Wang deposit sebanyak RM5,000 dianggap ‘hangus’ dan akan dimasukkan sebagai duit hasil lelongan awam tersebut. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Gaun Puteri Diana Di Lelong Pada Harga AS$1,148,080

2

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aset Negara Berarak Gagah, Miliki Peminat Tersendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad