web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USIM Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Tubuh Tabung Prihatin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 1:20PM

Zulkifli (kiri) turun padang menyantuni salah seorang kakitangan USIM yang terjejas banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian banjir teruk yang melanda beberapa negeri sejak kelmarin, menyaksikan pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk terkesan bencana itu.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut prihatin melaksanakan usaha berkenaan apabila mengambil langkah segera mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir bermula semalam, bagi menggerakkan bantuan kepada mangsa terjejas, terutama di sekitar Labu Lanjut di Salak Tinggi dan Sepang, Selangor.

Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali berkata, tiga komponen utama diberikan perhatian bagi memastikan operasi bilik gerakan itu berfokus dan mencapai objektif iaitu keurusetian, keperihatan dan operasi.

“Tindakan segera yang sudah diambil oleh Bilik Gerakan Bencana Banjir USIM adalah mula mengumpul maklumat kakitangan dan pelajarnya yang terjejas dengan bencana banjir secara dalam talian bagi tujuan koordinasi bantuan,” katanya kepada Getaran.

Muhammad Haizuan berkata, pusat sehenti pengumpulan sumbangan banjir turut disediakan di Pusat Sukan USIM bagi memudahkan orang ramai menerimanya.

Katanya, antara barangan sumbangan yang disasarkan untuk dikumpul adalah makanan ‘ready to eat’, kit kebersihan diri, kit keperluan wanita, air mineral dan minuman, keperluan bayi, selimut serta toto.

Beliau berkata, bantuan segera mula digerakkan seawal tengah hari semalam dengan agihan makanan keperluan kepada mereka yang terkandas di kediaman masing-masing.

Jelasnya, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, turut turun padang menyantuni kakitangan USIM yang terjejas banjir, dan memberikan mereka penginapan alternatif oleh pihak universiti.

Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir USIM menyiapkan kayak dan alatan menyelamat untuk diserahkan kepada wakil penduduk taman berdekatan yang ditelanggami air.
Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir USIM menyiapkan kayak dan alatan menyelamat untuk diserahkan kepada wakil penduduk taman berdekatan yang ditelanggami air.

“Kakitangan USIM yang kediaman mereka terjejas teruk akibat banjir, disediakan penginapan alternatif di kolej kediaman berdekatan kampus,” katanya.

Badan Kebajikan Kakitangan USIM jelas beliau lagi, turut menyalurkan bantuan segera RM200 kepada kakitangan yang terkesan bencana itu.

“Pada masa sama, bagi membantu hampir 300 keluarga yang masih terkandas di sebuah taman perumahan di Labu Lanjut, USIM turut menyerahkan pinjaman kayak dan alatan bantuan menyelamat kepada wakil penduduk pada petang Ahad (semalam),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Haizuan berkata, Pusat Wakaf dan Zakat USIM turut mengambil pendekatan menubuhkan Tabung USIM Prihatin bagi mengumpul sumbangan kepada warga USIM yang terkesan dengan banjir melalui portal Jom Infaq di jominfaq.usim.edu.my.

“Menyasarkan kutipan sebanyak RM130,000, sumbangan diterima daripada masyarakat yang prihatin sehingga jam 11.00 malam tadi amat menggalakkan.

“Sebanyak RM47,629.00 berjaya dikumpul kurang 24 jam sejak ia dilancarkan,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Haizuan berkata, selain memfokus kepada bantuan semasa banjir, USIM mula mempersiapkan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar untuk bantuan pasca bencana itu, khususnya operasi pembersihan kediaman.

“Pengurusan universiti ini amat prihatin dan bersimpati dengan mangsa banjir, terutama kakitangan dan pelajar serta menasihatkan semua pihak untuk sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar