web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telemong: Polis Hanya Terima Laporan Kehilangan 5 Orang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 7:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis setakat ini hanya menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam  kejadian di Telemong, Bentong di Kuantan, dan bukannya kehilangan 16 orang sebagaimana yang ditularkan oleh media sosial malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kehilangan mereka daripada orang awam.

“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang, dan (polis) tidak pernah menyatakan bahawa 16 orang hanyut, itu adalah berita palsu.

“Saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani mengesahkan laporan mengenai kehilangan lima individu dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan hari ini.

Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan untuk masuk ke tempat kejadian berkenaan sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

“Esok, pihak kami bersama beberapa agensi penguat kuasa lain akan membersihkan laluan tanah runtuh itu secara berperingkat.

“Selain itu, air yang naik di Telemong telah surut secara perlahan-lahan dan fokus kini adalah untuk memberi bantuan kepada mangsa terlibat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

2

Semasa 8 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 6 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad