Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kembar Siam, 6 Ahli Keluarga Terperangkap 8 Jam Atas Loteng

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 9:06PM

Muhammad (kanan) dan Ahmad sekeluarga kini menumpang di rumah kawan bapa mereka dekat Putra Prima, Puchong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Puchong terutamanya penduduk di Kampung Tengah terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat selepas rumah mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Hujan lebat yang berterusan sejak semalam di kawasan tersebut turut menyebabkan rumah keluarga pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, hampir ditenggelami air.

Malah Muhammad, 23, ketika dihubungi Getaran mendedahkan, dia bersama tujuh ahli keluarganya terperangkap di atas loteng bengkel milik bapa, yang terletak di hadapan rumah mereka.

Katanya, mereka berlindung di atas loteng tersebut selama hampir lapan jam sebelum diselamatkan orang kampung.

“Tengah hari semalam atok saya dah perasaan parit depan rumah naik air. Jadi atok panggil semua dan minta tolong alihkan baja organik yang dia buat sendiri untuk dijual. Tapi air makin naik.

“Kami pun selesaikan barang-barang dekat rumah semua, ayah pula pergi alih kereta dekat tempat lain tapi paras air dekat luar rumah dah naik paras lutut. Kira-kira jam 8 lebih malam, hujan tak berhenti juga, jadi ayah bawa kami berlindung dekat loteng,” katanya.

Menurut Muhammad, adiknya pada jam 12 tengah malam semalam masuk ke rumah untuk mengambil selimut dan tilam, sebelum mendapati peti ais milik keluarga itu sudah mula terapung.

“Kebetulan pula waktu tu ada bot sampai, jadi dia pun ikut abang bot tu terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Muhammad, ayahnya memaklumkan kepada pemilik bot yang untuk datang semula mengambil mereka sekeluarga sekiranya keadaan semakin teruk.

Keadaan paras air dari loteng tempat mereka sekeluarga berlindung.
Keadaan paras air dari loteng tempat mereka sekeluarga berlindung.

“Dalam jam 1 lebih pagi macam tu, hujan lebat balik. Nak tak nak, ayah cakap kami kena keluar. Saya call adik tapi tak berjawab. Kebetulan masa tu bekalan elektrik pun terputus. Nasib baik sebelum tu dah caj telefon dan power bank semua.

“Entah macam mana dapat dengar bot lalu dekat jalan raya besar. Dalam jam 4 pagi ayah dengar lagi, dia pun suluh, barulah orang bot tu perasaan. Alhamdulillah kami sekeluarga akhirnya berjaya diselamatkan,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, mereka sekeluarga dibawa menaiki bot tersebut sehingga ke Putra Avenue.

“Bayangkan kami naik bot tu, duduk dalam bot tu boleh pegang kabel elektrik, tinggi tak tinggi paras air tu.

“Rumah saya sikit lagi nampak bumbung. Rumah jiran di belakang dah tenggelam dah. Memang habislah barang semua dalam rumah, nak buat macam mana,” katanya.

Katanya lagi, mereka sekeluarga kini menumpang di rumah kawan bapanya di  Putra Prima, Puchong.

Keadaan banjir di sekitar Kampung Tengah, Puchong.
Keadaan banjir di sekitar Kampung Tengah, Puchong.

“Buat masa ini kami masih menumpang di rumah kawan ayah. Dengar kata air pun dah surut sikit tapi bomba tak bagi orang kampung redah banjir.

“Selain kad pengenalan, kami sempat bawa beberapa helai baju, toto, beg najis dan lampin pakai buang saya dan Ahmad. Peralatan lain macam laptop kerja saya memang tak sempat nak selamatkan. Inilah banjir terburuk pernah melanda kampung kami selepas kali terakhir berlaku pada 1995. Tapi kali ni keadaannya lebih teruk,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini boleh menyumbang ke akaun MAYBANK 168612013452 (Muhammad bin Rosli).

Pasangan kembar siam tersebut mula menjadi perhatian selepas dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada September 2002.

Pembedahan pemisahan selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz dan melibatkan kos RM1.7 juta.

Ia mencipta sejarah apabila pembedahan yang dianggap mustahil pada waktu itu berjalan lancar, dan memberi kehidupan baharu buat mereka. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Terperangkap Ketika Nak Keluar Pusat Beli-Belah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis

Politik 1 hari yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad