web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kehabisan Roti Gardenia Berulang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 7:48PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika masih ingat beberapa bulan lalu, penggemar roti jenama Gardenia berdepan situasi kekurangan dan kehabisan stok bekalan makanan itu yang didakwa berpunca daripada pandemik COVID-19.

Ketika itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebimbangan masyarakat berhubung penularan jangkitan virus terbabit, menyebabkan roti Gardenia yang dikategorikan makanan ruji menjadi ‘rebutan’ sehingga ketiadaannya menjadi isu.

Hari ini, keadaan sama didakwa berulang apabila bekalan roti itu habis di kebanyakan kedai.

“Saya ke beberapa kedai di sekitar Shah Alam untuk mencari roti Gardenia, termasuk di kedai serbaneka tetapi habis, akhirnya saya terpaksa beli roti jenama lain,” kata seorang individu yang mahu dikenali sebagai Siti Sarah kepada Getaran.

Dia berkata, penjual memaklumkan bahawa bekalan itu habis dibeli orang ramai sebaik dihantar pihak pembekal.

“Ramai sangat beli sejak pagi, roti sampai je habis,” katanya.

Menerusi tinjauan Getaran di media sosial, sememangnya kehabisan stok roti kegemaran tersebut mula menjadi perbualan netizen.

Pada masa sama, mereka meluahkan kekecewaan mengenai situasi itu.

Seorang netizen pula meminta mana-mana pihak yang mengenali penghantar roti Gardenia supaya memaklumkan kepadanya menerusi nombor telefon disertakan di hantaran berkenaan kerana dia mahu menempah bekalan makanan itu.

“Siapa ada bapa atau suami bawa lori Gardenia? Nak tempah roti satu lori, nak sekarang, hantar ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

“Please help roti Gardenia,” katanya menerusi akaun Twitter menggunakan nama @nnn_ryyn.

Situasi kehabisan stok roti itu dipercayai akibat banjir teruk di Lembah Klang sejak semalam, terutama Shah Alam yang turut menempatkan kilang Gardenia, sehingga menyebabkan laluan keluar dan masuk di sekitar kawasan tersebut, terhalang kerana beberapa jalan serta lebuh raya utama ditutup.

Penutupan itu juga menyaksikan kesesakan teruk di hampir kesemua kawasan Shah Alam, selain ribuan kenderaan tersadai berbelas jam sejak kira-kira jam 3 petang. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar