Berita Terkini

18 minit yang lalu: PAS dan Bersatu akan sertai PRN Johor sebagai Perikatan Nasional (PN) - Pengerusi PN 2 jam yang lalu: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin yang meninggal dunia semalam - Istana Negara 5 jam yang lalu: 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam termasuk 1 BID, jumlah korban 31,952 5 jam yang lalu: Lelaki yang cuba memasuki rumah Taylor Swift ditahan di Manhattan 5 jam yang lalu: Filem thriller 'Nanny' memenangi hadiah utama di Sundance

IKUTI KAMI


Lembah Klang Banjir Besar, KL, Selangor Hampir Lumpuh 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 10:14AM

Seorang pemuda mengusung motosikalnya untuk dipindahkan ke tempat yang lebih selamat ketika banjir kilat melanda di Lorong Raja Mahadi di Kampung Baru, semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejutan besar melanda ibu negara malam tadi, selepas beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam yang lalu.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Periuk Dan Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru; Jalan Melaka berhampiran dengan Bank Muamalat; Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat berhampiran PWTC; Sungai Besi berhampiran Stesen LRT Sungai Besi, dan Kampung Delima. 

Turut ditenggelami air ialah Jalan Raja Chulan; sekitar Kampung Pasir; Lorong Jambu Laut, Jinjang;  Kampung Kassipillay dan Kampung Chubadak, Sentul serta Kampung Kolam Air berhampiran Sekolah Maxwell Jalan Ipoh, yang turut ditutup kerana masih mengalami banjir kilat. 

"Sehubungan dengan itu, DBKL telah membuka Bilik Gerakan Bencana bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut dan menggerakkan anggota penyelamat daripada pelbagai agensi.

"Antaranya ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), RELA dan jabatan dalaman DBKL untuk melancarkan lagi operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir, " katanya, hari ini. 

DBKL jelasnya, turut membuka empat pusat pemindahan sementara (PPS), dengan kekuatan 640 anggota penyelamat bagi menghulurkan bantuan, sekali gus melancarkan operasi pemindahan mangsa banjir. 

"PPS yang dibuka adalah di Dewan Sultan Sulaiman, Dewan Jalan Hamzah, SJK Tamil Saraswati Lembah Pantai dan Dewan Komuniti Sentul bagi menempatkan 500 penduduk yang rumah mereka telah ditenggelami air," katanya.

Kejadian tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, semalam. - Gambar dari Twitter  Fahmi Fadzil
Kejadian tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, semalam. - Gambar dari Twitter Fahmi Fadzil

Dalam perkembangan berkaitan, hujan lebat yang berterusan sejak semalam juga mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku di 11 lokasi di sekitar ibu kota. 

"Lokasi yang terlibat adalah Lorong Bukit Pantai, Lingkungan Negeri Sembilan; Bukit Persekutuan; Bukit Ledang, Bukit Damansara; Jalan Durian 3, Cheras; Bukit Pantai; Jalan 2/98, Taman Supreme dan Lot 2979, Jalan Penchala Indah

"Selain itu kawasan No 263, Taman Damansara Indah; Bangsar Indah Condominium; Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan; Jalan Bukit Ledang, Damansara di samping Jalan Pantai permai, Pantai Hillpark turut mengalami insiden sama," kata jurucakap itu.

Bagi menangani masalah ini, DBKL telah melantik IKRAM untuk membuat kajian bagi mengenalpasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan pihak berkuasa. 

"Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut memantau keadaan banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dan turut menyelaras segala bantuan yang akan dikeluarkan oleh agensi berkaitan," katanya. 

Banjir kilat akibat limpahan air sungai dan perparitan mengakibatkan beberapa jalan di sekitar ibu kota ditenggelami air, malam tadi. - Gambar Bernama
Banjir kilat akibat limpahan air sungai dan perparitan mengakibatkan beberapa jalan di sekitar ibu kota ditenggelami air, malam tadi. - Gambar Bernama

Sementara itu, polis bertindak menutup 20 laluan di Selangor, susulan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri itu sejak malam tadi.

Kesemua laluan itu membabitkan sejumlah besar kawasan di bawah bidang kuasa beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya, IPD Klang Utara, IPD Sungai Buloh, IPD Subang Jaya, IPD Kuala Langat, IPD Sepang dan IPD Shah Alam.

Menerusi maklumat yang dikongsi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, IPD Petaling Jaya menutup laluan pusingan U keluar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) menghala ke bulatan lapangan terbang; lorong motosikal susur masuk ke lapangan terbang serta laluan ke lapang sasar Subang.

Turut ditutup kepada orang ramai ialah Lebuhraya Shapadu dan lima laluan di Sungai Buloh iaitu Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Plong; Jalan Gajah 2/3; Jalan Gajah 2/4 dan Jalan Gajah 16.

Lima laluan di sekitar Sepang juga tidak terkecuali, melibatkan Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan/Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Bukit Canggung/ Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Salak/Sepang dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid).

Keadaan di Lebuhraya Persekutuan, jam 8 pagi tadi. - Gambar @MirulHaziqRadzi
Keadaan di Lebuhraya Persekutuan, jam 8 pagi tadi. - Gambar @MirulHaziqRadzi

Bagi kawasan Shah Alam, laluan ditutup terdiri dari Jalan Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Persekutuan; Seksyen 13 dan Jalan HICOM.

Sementara satu laluan turut ditutup IPD Subang Jaya iaitu di Kampung Bukit Lancong Putera Heights, manakala Jalan Kebun dari Shah Alam ke Banting pula ditutup IPD Kuala Langat. - Getaran, 19 Disember 2021.

Sorotan

1

12 Kematian Baharu COVID-19, 1 BID

2

Syed Saddiq Sahkan Muda Tanding PRN Johor

3

Peralihan Fasa Endemik, Bersediakah Kita?

4

Zulin Aziz Selamat Bertunang Dengan Farhan Norzaini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

4WD Langgar Lampu Merah, 4 Beranak Nyawa Melayang

oleh Nik Khaleef Fitri

Semasa 1 hari yang lalu

Tahun Baharu Cina, 80 Peratus Anggota JBPM Labuan Dikerah Bertugas 

oleh Noortirani Guspini

Sukan 1 hari yang lalu

F1 Umum Lanjut Kontrak Singapore Grand Prix Hingga 2028

Semasa 19 jam yang lalu

Ajaran Mimpi Akhir Zaman Di Luar Bidang Kuasa JAIS

oleh Mastura Malak