web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 1:08AM

Beberapa orang awam dilihat meredah banjir kilat di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

“Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat. Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian.

“Untuk makanan kita tahu bila pindah tiada makanan, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah kerjasama dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan agensi lain akan hantar makanan,” katanya pada sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negara (SMART) di sini malam tadi.

Sehingga pukul 11 malam sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas banjir kerana hujan lebat sejak semalam, melibatkan 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga.

Selain Selangor, negeri lain yang terjejas adalah Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan terkini Perak. 

Ismail Sabri berkata pihak berkuasa akan memastikan proses pemindahan dan bantuan makanan diuruskan malam ini juga.

Terdapat 521 pangkalan hadapan JKM tersedia di seluruh negara bagi membekalkan keperluan barangan untuk mangsa di PPS.

Mengenai keadaan terkini banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata sehingga 10.45 malam, 45 PPS dibuka menempatkan seramai 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.

“Situasi di Selangor ini, ia agak kelam kabut memandangkan negeri ini biasanya tidak terjejas apabila tiba musim tengkujuh,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara mengerahkan lebih ramai anggota untuk membantu mangsa banjir di Selangor.

Ismail Sabri berkata 39 PPS dibuka di Kelantan; dua di Terengganu; 84 di Pahang; sembilan di Melaka; sembilan di Negeri Sembilan dan 45 di Selangor.

“Semua bantuan dan aset diuruskan dan telah digerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Pusat.

“Secara keseluruhannya 66,015 petugas terlibat terdiri daripada agensi penguat kuasa iaitu polis, tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata sebanyak 5,731 PPS tersedia di seluruh negara yang boleh menempatkan 1.6 juta mangsa.

Beliau berkata pada masa sama 500 sukarelawan Skuad Keluarga Malaysia digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa di PPS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad