web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 8:34PM

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Banjir kilat di Pahang susulan hujan lebat sejak semalam, meragut nyawa pertama pagi tadi, selepas mangsa dihanyutkan arus deras ketika menunggang motosikal di Jalan Kubur Cina, dekat Gambang, di sini.

Mangsa, M Gunalan, 38, ialah pengusaha kilang berhampiran ladang kelapa sawit yang terletak berdekatan dengan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang menetap di Taman Gambang Makmur, dekat sini, dipercayai cuba meredah air banjir yang melimpahi laluan berkenaan sebelum motosikalnya dihanyutkan arus.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi tadi dan mayat mangsa ditemui tiga jam kemudian, sekitar jam 2 petang.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian turut membantu mengesan mangsa, namun gagal berikutan hujan lebat dan arus air yang terlalu deras di kawasan terbabit.

Wan Mohd Zahari memaklumkan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi mengesan mangsa dilakukan Unit Penyelamat Di Air (PPDA) sebelum mayatnya ditemui tersepit di celah pokok kelapa sawit.

“Kita anggarkan jarak antara kawasan terakhir mangsa dilihat dan lokasi penemuan mayat kira-kira 200 meter.

“Pasukan PPDA melakukan pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ serta menggeledah kawasan sekitar sebelum mayat mangsa berjaya dikesan,” katanya.

Mohd Hilmi Kashfi berkata, sembilan pegawai dan anggota JBPM, bersama tujuh penyelam PPDA terbabit dalam operasi berkenaan yang turut dibantu pegawai dan anggota polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

3

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

5

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

6

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar