web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengembara 9 Negara Alami Peningkatan Omicron Wajib Jalani Kuarantin - KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 12:14PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengembara daripada sembilan negara yang menunjukkan peningkatan mendadak varian Omicron diwajibkan menjalani kuarantin bergantung kepada status vaksinasi mereka.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, semua negara berkenaan adalah Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Norway, Perancis, Denmark, Kanada, Nigeria dan India.

Menurutnya, arahan itu dikeluarkan selepas negara terbabit kini tersenarai sebagai berisiko tinggi dengan penularan varian Omicron dalam komuniti setakat semalam.

Berdasarkan protokol yang dikeluarkan, pengembara daripada setiap negara itu perlu menjalani ujian PCR COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas dan ketika tiba ke Malaysia.

“Pemakaian peranti pengesanan elektronik perlu dilaksanakan sejurus mendarat dan mereka perlu menjalani kuarantin wajib tujuh atau 10 hari bergantung kepada status vaksinasi masing-masing.

“Lokasi kuarantin ialah di kediaman atau stesen kuarantin mengikut kelulusan pegawai perubatan,” katanya.

Menurut protokol itu lagi, ujian PCR perlu dilakukan pada hari ke lima untuk pengembara dikuarantin selama tujuh hari dan hari ke lapan kepada yang dikuarantin selama 10 hari.

“Penilaian risiko pada hari terakhir kuarantin (hari ke tujuh atau ke 10). Tempoh kuarantin dilanjutkan sekiranya bergejala.

“Pengembara akan dibenarkan keluar pada hari ke lapan atau ke 11 sekiranya tiada pelanjutan kuarantin dan ujian PCR hari ke lima atau hari ke lapan adalah negatif,” katanya.

Bagaimanapun, pengembara daripada United Kingdom perlu menjalani ujian kendiri RTK-Ag secara harian selama tempoh kuarantin dan melaporkannya dalam aplikasi MySejahtera. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar