web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Longgok’ Pelajar MRSM Bermasalah Ke Sekolah Harian Mampu Selesai Isu Buli?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 2:48PM

Kesemua pelajar yang terlibat dengan insiden buli di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar telah ditamatkan pengajian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangar di Perak baru-baru ini membuka mata ramai pihak yang mula menyedari bahawa kejadian seumpama itu perlu dihentikan segera.

Apatah lagi apabila mereka yang terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) itu sudah diketahui umum bukan hanya memiliki keputusan akademik yang cemerlang, tetapi turut aktif dalam bidang kokurikulum.

Seperti mana diharapkan orang ramai yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pelaku tersebut, akhirnya 10 pelajar terlibat ditamatkan pengajian mereka berkuat kuasa Selasa lalu.

Namun seorang guru, Baharon Hashim menyifatkan tindakan tersebut bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membanteras kejadian buli di sekolah terutamanya di SBP.

“Pandangan dan persoalan saya agak berbeza. Saya menyokong tindakan tegas dan keras yang diambil tetapi haruskah mereka dibuang sekolah?

“MRSM adalah institusi pendidikan terpilih. Apa peranan pengetua dan guru-guru MRSM? Bukankah tugas hakiki mereka mendidik?

“Ke mana pelajar-pelajar ini akan pergi selepas mereka dibuang! Tentunya sekolah harian,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Tindakan menyingkirkan kesemua pelajar terbabit dari MRSM dan kemudian menghantar mereka ke sekolah harian, tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga.

Menurutnya, tindakan tersebut akhirnya menyebabkan sekolah-sekolah harian menjadi longgokan pelajar bermasalah.

“Jika begitu, mudahnya menjadi pengetua dan guru dan MRSM dan SBP. Pelajar bermasalah eksport saja ke sekolah harian.

“Biar guru-guru di sana ‘bersilat’ memulihkan pelajar-pelajar ini. Janji nama baik MRSM atau SBP tidak tercemar dan keputusan peperiksaan kekal tinggi,” katanya yang juga bekas petugas kaunseling.

Baharom berkata, tugas memulihkan semua pelajar bermasalah itu kini menjadi beban kepada guru di sekolah harian.

“Pelajar bermasalah di MRSM atau SBP dihantar ke sekolah harian. Pelajar yang lari dari sekolah pondok atau maahad tahfiz juga balik semula ke sekolah harian.

“Memang berlaku juga pelajar yang sering diambil tindakan disiplin di sekolah harian, akhirnya dikeluarkan oleh ibu bapa untuk dihantar ke tahfiz,” katanya.

Susulan itu, Baharon berpendapat semua institusi pendidikan seharusnya bertanggungjawab mendidik generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

“Seharusnya semua institusi pendidikan mengambil tindakan mendidik.

“Tindakan buang sekolah hanya menggembirakan pihak luar tetapi kurang berkesan kepada pelajar berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Tegas Azhar, keputusan tersebut bukan sahaja pengajaran kepada pelajar terlibat, tetapi wajar dijadikan contoh dan iktibar agar ia tidak berulang di masa hadapan.

“Kita di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai sahsiah diri serta tingkah laku terpuji dan diterima masyarakat,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar