web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fizikal Terkini Mantan Menteri Besar Selangor Cetus Tanda Tanya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 11:17AM

Gambar kiri menunjukkan Khalid ketika sedang berkhidmat. Gambar disebelah kanan menunjukkan Khalid menyambut hari jadi ke-75nya bersama keluarga. - Gambar dari Facebook Khalid Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penampilan terbaharu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencetuskan tanda tanya dan mengejutkan apabila keadaan fizikalnya kelihatan semakin susut.

Gambar terkini dirinya itu dikongsikan Abdul Khalid di Facebook ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-75

Turut kelihatan di dalam gambar itu adalah isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut, anak dan cucunya.

Menerusi tulisannya di gambar itu, Abdul Khalid merakamkan kesyukuran kerana diberikan kesempatan menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga di rumah.

“Syukur Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam (kelmarin) bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat dari semua teman melalui whatsapp dan media sosial,” katanya.

Abdul Khalid turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab kiriman mesej dan ucapan diberikan kepadanya menerusi medium sosial itu.

“Mohon maaf kerana tidak dapat menjawab setiap satu.

“Maka di sini saya mengambil kesempatan untuk turut berdoa agar kita semua di dalam rahmat Allah SWT serta diberikan umur yang panjang dan bermanfaat dengan kesihatan yang baik. Amin,” katanya.

Namun, tidak dapat dipastikan setakat ini apakah perubahan fizikal dialami Abdul Khalid itu disebabkan beliau berdepan masalah kesihatan atau sebaliknya.

Menerusi ruangan komen di media sosial itu, pengikutnya mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kehidupannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sepanjang kerjayanya dalam politik, Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama lebih enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu juga pernah menyandang kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Berhad selama lapan tahun sehingga 2003.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai menteri besar dan ahli korporat, beliau melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian membanggakan, terutama memperkasakan kehidupan rakyat serta disifatkan pemimpin disenangi ramai. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Khalid Ibrahim Selamat Dikebumi, Figura Berjasa Untuk Selangor

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tan Sri Khalid Ibrahim Sangat Berjasa Kepada Ekonomi Bumiputera - Anwar Ibrahim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan