web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuduhan Asyraf Wajdi Terhadap CEO DNB Fitnah, Tidak Berasas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 9:10PM

Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Badrul Hisham Shaharin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Berhad (DNB), Augustus Ralph Marshall yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah menerusi pengambilalihan India Aircel berjumlah RM351 juta hanyalah satu fitnah semata-mata.

Perkara itu dibongkarkan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin yang memberitahu, Ketua Pemuda UMNO itu tidak pernah memaklumkan bahawa Augustus telah dibebaskan daripada pertuduhan di Mahkamah Tinggi Delhi, India.

Beliau menegaskan, tiada bukti atau aliran wang tunai yang mampu menunjukkan Bekas Menteri Telekomunikasi India, M. Dayanidhi dan abangnya, M. Kalanithi menerima rasuah daripada Ketua Pegawai Eksekutif DNB itu.

“Untuk pengetahuan Asyraf, memang Augustus pernah dituduh terlibat dengan rasuah melibatkan pengambilalihan India Aircel, apabila beliau melalui T Ananda Krishnan dikatakan telah memberi sogokan RM351 juta kepada M. Dayanidhi Maran dan abangnya.

“Namun, tiada bukti yang menunjukkan pemilik asal India Aircel, C. Sivasankaran menjual kepentingannya dalam syarikat telekomunikasi itu kepada Maxis milik hartawan, T Ananda secara paksaan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Asyraf Wajdi yang mempertikaikan, tiada ketelusan dalam perlantikan syarikat dan penawaran tender bagi penyediaan rangkaian 5G berjumlah RM11 billion, dan dijangka terus meningkat sehingga RM20 billion.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mendakwa, wujud penyelewengan, ketirisan dan musibah rasuah apabila beberapa individu yang dianggap kroni parti politik dilantik secara tidak telus.

Beliau turut mempersoalkan pemilikan penuh DNB oleh Kementerian Kewangan (MOF), berbanding diletakkan di bawah penyeliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang lebih pakar dalam bidang tersebut.

Tegas Asyraf Wajdi, adalah lebih baik DNB dijadikan GOC bebas kerana setakat ini perbincangan 5G di Lembah Klang tidak mendapat kerjasama syarikat telco untuk menyewa spektrum daripada DNB.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, kes rasuah Augustus tidak seperti dilakukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memaksa Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memberi RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut memaksa Memorandum Jemaah Menteri (MJM) meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM650 juta kepada SRC, yang akhirnya terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia disebabkan jaminan dilakukan Najib dan bekas Menteri Kewangan ketika itu.

“Augustus bukan seperti Jho Low atau Nik Faizal, beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pengurusan kewangan dan am, malah Ketua Pegawai Eksekutif DNB itu ialah pengarah eksekutif Usaha Tegas dan Astro All Asia Networks.

“Dalam masa sama, Augustus juga merupakan pengarah dalam kapasiti bukan eksekutif bebas, Pengerusi Jawatankuasa Audit KLCC Property Holdings Berhad dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas MEASAT Global Berhad,”katanya.

Sebagai tambahan Badrul Hisham menjelaskan, Augustus juga merupakan Ahli Bersekutu Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales di samping menyandang keahlian Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia.

“Jadi tidak ada keraguan sekiranya DNB menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau untuk masa depan 5G di Malaysia. 

“Jangan kita mudah termakan hujah nampak cerdik tapi fitnah mereka seperti Asyraf yang sedang kelemasan membela pemimpin korup kluster mahkamah yang disokong oleh mereka,”katanya.

Dr Muhammad Faiz Na'aman
Dr Muhammad Faiz Na'aman

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na'aman ketika dihubungi berkata, penubuhan DNB sebagai penyedia rangkaian 5G di negara ini untuk memastikan tiada pihak mampu menguasai industri berkenaan secara berleluasa.

“Penubuhan DNB selaku agensi kerajaan bertujuan agar pihak swasta tertentu tidak memonopoli perkhidmatan teknologi jalur lebar terkini tersebut kerana kkhuatir jika tidak dilakukan, rakyat akan menjadi mangsanya.

“Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah berusaha agar era monopoli syarikat telekomunikasi tertentu terhadap perkhidmatan jalur lebar berakhir supaya rakyat dapat manfaat terbaik,” katanya. – Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad