web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Layakkah Beri Jemaah Menteri KPI 90 Peratus Dengan Realiti Pencapaian?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 11:54AM

Pengumuman Perdana Menteri bahawa prestasi keseluruhan 100 hari Ahli Jemaah Menteri berjaya mencapai 90 peratus dipertikaikan oleh Nurul Izzah, yang menyifatkan markah yang diberikan terlalu besar jurang dengan realiti sebenar dialami rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Markah 90 peratus diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penilaian keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 hari Jemaah Menteri, dianggap tidak bersesuaian dengan pencapaian mereka.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, berkata markah diberikan itu juga terlalu besar jurangnya dengan realiti sebenar dialami rakyat.

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

Katanya, andai benar kerajaan pimpinan Ismail Sabri mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam ‘peperiksaan’ yang mereka sendiri nilaikan, mengapa Rang Undang-Undang (RUU) penting seperti Anti-Gangguan Seksual (RUU AGS) yang sepatutnya dibentang pada Disember ini bagi melindungi keselamatan wanita, termasuk Akta Profesion Pekerja Sosial bagi mengupaya pekerja sosial dan kerja kebajikan, masih tidak kedengaran.

“Sewaktu negara dan rakyat berperang dengan pandemik COVID-19 pekerja sosial adalah tunjang kepada khidmat kebajikan sosial.

“Ini termasuk bebanan yang dipikul rakyat menerusi gerakan #KitaJagaKita dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelamatkan ekonomi kita bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pencapaian keseluruhan KPI 100 hari Jemaah Menteri mencapai 90 peratus.

Beliau berkata, sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata, justeru pencapaian itu bukan alasan untuk menteri dan kementerian mendabik dada, sebaliknya menyuntik kesungguhan terus bekerja bersama rakyat.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, Paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dijanjikan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang akan menggunapakai PGK terbaharu, iaitu RM2,208 bagi penurunan bantuan, akhirnya dikurangkan apabila menyaksikan penggunaan PGK makanan RM1,169.

“Dengan puluhan minggu sesi persekolahan ditutup dan kita tergolong antara sekumpulan negara paling lama menutup sekolah serta Program Sarapan Percuma (PSP) bagi semua murid yang tidak diteruskan, layakkah prestasi dinilai pada 90 peratus?,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad