web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Hospital Di 7 Negeri Melebihi 70 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 5:40PM

Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 86.2 peratus bagi pesakit COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar penggunaan katil di hospital bagi pesakit COVID-19 di tujuh negeri melebihi 70 peratus setakat semalam.

Berdasarkan data terbaharu dikongsi portal COVIDNOW, Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 86.2 diikuti Kelantan dengan 85.1 peratus.

Lima lagi negeri ialah Melaka (78 peratus), Kedah (76.8 peratus), Johor (71.3 peratus), Selangor (71.1 peratus) dan Perlis (70.3 peratus).

Setakat semalam, kadar penggunaan katil di hospital di seluruh negara adalah sebanyak 66.8 peratus dengan 992 kes kemasukan harian direkodkan.

Sementara itu, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara pula ialah 58.4 peratus.

Terdapat lima negeri yang merekodkan penggunaan di ICU melebihi 70 peratus iaitu Kelantan dan Pulau Pinang dengan 75.3 peratus, Putrajaya (75 peratus), Perak (73.9 peratus) dan Negeri Sembilan (71.1 peratus).

Sementara itu, 29 lagi kematian direkodkan setakat semalam, termasuk lapan kes kematian di luar hospital akibat COVID-19 atau brought in dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 30,908 orang.

Terengganu mencatatkan bilangan kematian baharu tertinggi iaitu lima kes atau 17.2 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan.

Ia diikuti Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang masing-masing mencatatkan empat kematian manakala Kelantan, Sabah Sarawak dan Selangor pula tiga kes bagi setiap negeri.

Sementara itu, Kedah, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan satu kematian.

Tiada kematian baharu dilaporkan di Johor, Melaka, Perak, Labuan dan Putrajaya. - Getaran 14 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad