web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laksana 5G Langkah Baik Tapi Kos Terlalu Tinggi - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 3:48PM

Anwar Ibrahim menerima memorandum bantahan Skandal DNB di persimpangan Jalan Parlimen, hari ini. - Gambar Susan Albert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembangunan perkhidmatan teknologi generasi kelima (5G) sememangnya satu langkah yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos pelaksanaan 5G berkenaan terlalu tinggi dan boleh membebankan, apatah lagi di saat ekonomi negara masih berada di ambang pemulihan.

“Ini cadangan kerajaan semasa (pentadbiran) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memperkenalkan sistem 5G.

“Bunyinya itu sepertimana yang kita tahu agak baik dan berguna tetapi kos (pelaksanaan) itu disebut  bernilai RM15 (bilion), RM18 (bilion), RM20 bilion. Kita tak tahu apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menerima memorandum bantahan Skandal DNB di persimpangan Jalan Parlimen, pagi ini.

Memorandum tersebut diserahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), bagi menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikan DNB yang dikhuatiri bakal menjadi skandal besar seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memorandum bantahan tersebut turut diterima beberapa wakil daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Pada masa sama, Anwar yang juga Presiden PKR turut mempertikaikan kewajaran penubuhan DNB untuk membangun dan menguruskan 5G ketika negara masih lagi diancam pandemik COVID-19.

“Bagaimana satu projek yang boleh mencecah RM20 bilion kita tak tahu dan tak dapat pertahankan dari segi rasionalnya. Apa keperluan sekarang?

“Kemudian kata buat di bandar, jadi orang Melayu yang di kampung, pedalaman Sabah dan Sarawak nak tunggu sampai bila. Dahlah (liputan) 4G pun tak dapat,” katanya.

Anwar berkata, pelaksanaan sistem 5G hanya memihak kepada golongan tertentu.

“Sekarang ini semua dasar memihak kepada golongan kaya. Semua dasar memihak kepada kuota untuk orang atasan, tidak orang miskin.

“Saya rasa Parlimen dan rakyat mesti bangkit. Saya fikir kita tak boleh biarkan kerajaan ini menentukan kepentingan mereka,” katanya.

Anwar berkata walaupun Muhyiddin pernah memaklumkan bahawa Rangkaian Borong Tunggal (SWN) memberi manfaat kepada pengguna, namun tiada maklumat terperinci mengenainya.

“Kita minta bahas tapi memang terbatas. Kita dah kemukakan tapi Menteri Kewangan tak jawab. Menteri Komunikasi jawab bagainya dia tak tahu.

“Tan Sri Muhyiddin pula jawab ini dah dibentangkan. Ya, tapi tidak ada maklumat terperinci,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan GEGAR, Zainurizzaman Moharam mendesak kerajaan supaya mengkaji semula penubuhan DNB yang didakwa dilakukan semasa Ordinan Darurat dilaksanakan di seluruh negara.

Malah katanya, penilaian terperinci terutamanya impak kesihatan, alam sekitar serta sosial perlu dilakukan segera dan laporan tersebut perlu bersifat terbuka untuk diakses orang ramai.

“Kos sebenar bagi pembangunan infrastruktur teknologi 5G dan kos penubuhan DNB juga perlu dibentangkan di Parlimen terutamanya apabila rakyat sedang susah di atas peningkatan harga barang yang mendadak tanpa sebarang intervensi daripada kerajaan.

“KKMM perlu membuat penyebaran yang telus dan menyeluruh,” katanya.

Jelas Anwar, ia mencakupi perbincangan terperinci dengan pihak berkepentingan, pemain utama industri dan orang ramai.

“Ini bagi mengelakkan sebarang ketirisan berlaku bagi pembangunan infrastruktur 5G di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 14 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad